Skip to main content

Belasungkawa

Razif Kenang Tun Dr Hasmah Sebagai 'Ibu' Skuad Piala Thomas 1992

Razif Kenang Tun Dr Hasmah Sebagai 'Ibu' Skuad Piala Thomas 1992

Sekilas

  • Legenda badminton Datuk Razif Sidek menganggap pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar buat keluarga badminton negara, terutama skuad Piala Thomas 1992.
  • Dr Hasmah dikenang sebagai penaung BAM yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat seperti seorang ibu kepada pemain badminton ketika kejayaan Piala Thomas dan Sukan Olimpik Barcelona 1992.
  • Allahyarham meninggal dunia pada usia 100 tahun dan berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Advertisement

Legenda badminton negara Datuk Razif Sidek menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah Mohd Ali sebagai satu kehilangan besar buat keluarga badminton negara, khususnya barisan pemain skuad Piala Thomas 1992 yang mencipta sejarah menjulang trofi berprestij itu 34 tahun lepas.

Razif yang merupakan kapten skuad Piala Thomas 1992 berkata Tun Dr Hasmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan sekadar memberikan sokongan kepada pasukan, malah dianggap seperti seorang ibu, kerana sentiasa dekat dan mengambil berat mengenai persiapan pemain.

Advertisement

"Kita anggap beliau sebagai ibu kepada skuad Piala Thomas ketika itu. Kadang-kadang beliau datang ketika latihan, berjumpa dan berbual dengan kami serta memberikan sepatah dua kata untuk menaikkan semangat.

"Kita tidak akan lupa jasa beliau ketika Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Stadium Negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razif berkata selain kenangan manis menjulang Piala Thomas 1992, beliau juga tidak dapat melupakan sokongan Allahyarham ketika Sukan Olimpik Barcelona pada tahun sama, yang menyaksikan beliau bersama dengan adiknya Datuk Jalani Sidek, mencipta sejarah menghadiahkan pingat Olimpik pertama negara.

Advertisement

Beliau berkata kehadiran Tun Dr Hasmah di Barcelona ketika itu cukup bermakna buat barisan pemain badminton negara, khususnya dalam memberikan sokongan dan kata-kata semangat sepanjang temasya berkenaan.

"Kehadiran beliau memang memberi makna buat saya dan Jalani, malah menambahkan semangat kami untuk beraksi di Sukan Olimpik.

"Alhamdulillah kami ketika itu berjaya membawa pulang pingat pertama negara di Sukan Olimpik," katanya yang kali terakhir beliau bertemu Tun Dr Hasmah pada tahun lepas.

Tun Dr Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.

Sumber: BH Online

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement