Skip to main content

Selebriti

Reaksi Comel Fatima Tonton Anugerah Tarik Perhatian, Menjerit Dalam Bilik Bila Fattah Diumum Pemenang - “Daddy! Daddy! Daddy Menang!”

Fatima tengok Fattah menang

Sekilas

  • Anak Fattah, Nur Fatima Aisya, menunjukkan reaksi teruja dan gembira ketika menyaksikan bapanya menang trofi di Anugerah Bintang Popular (ABP).
  • Fatima kelihatan tersenyum lebar, bertepuk tangan, dan menjerit kegembiraan selepas nama Fattah diumumkan sebagai pemenang.
  • Fattah memenangi kategori Aktor Filem Popular dan Artis Kontroversi Popular, manakala reaksi anaknya mendapat perhatian dan pujian netizen.

Gelagat anak Fattah iaitu Nur Fatima Aisya menarik perhatian netizen apabila dia kelihatan begitu teruja dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan ketika menyaksikan bapanya menerima trofi kemenangan di Anugerah Bintang Popular (ABP) menerusi siaran televisyen.

Menerusi perkongsian di TikTok milik Fattah jelas menunjukkan Fatima terpaku di hadapan skrin, tersenyum lebar dan bertepuk tangan sebaik nama Fattah diumumkan sebagai pemenang.

“Daddy! Daddy! Daddy! Daddy menang!” jerit Fatima sambil tersenyum.

Reaksi anaknya itu membuktikan kejayaan Fattah bukan sahaja bermakna dalam kerjaya seni, malah memberi inspirasi besar pada anaknya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan rasa terharu dan gembira melihat reaksi Fatima.

Untuk info, Fattah dinobatkan sebagai pemenang kategori Aktor Filem Popular dan Artis Kontoversi Popular

Must-Watch Video

Advertisement