Skip to main content

Hiburan

Rebah Ketika Bertugas, Abang Rita Rudaini Meninggal Dunia

Rebah Ketika Bertugas, Abang Rita Rudaini Meninggal Dunia

Sekilas

  • Abang kepada pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, meninggal dunia pada jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  • Allahyarham rebah ketika menjalankan program bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya sebelum disahkan meninggal dunia.
  • Jenazah akan dibawa pulang ke Kangar, Perlis untuk pengebumian, namun punca kematian masih belum diketahui.
Advertisement

Abang kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi perkongsian yang dibuat Melodi di Instagram, Allahyarham yang berusia 51 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika menjayakan satu program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.

Advertisement

Menerusi perkongsian yang sama, Rita yang sedang berada di hospital dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika berdiri di samping jenazah jenazah abangnya.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis untuk urusan pengebumian.

Walau bagaimanapun,  belum ada maklumat lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Advertisement

Salam takziah buat Rita Rudaini atas pemergian abang tercintanya.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement