Skip to main content

Hiburan

Reen Rahim Kecewa, Bosan Lihat Jalan Cerita Drama Yang Berkisarkan Konflik Rumah Tangga - “Bukan Marah, Cuma…”

Reen Rahim

Sekilas

  • Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa kecewa kerana jalan cerita drama tempatan masih berulang dengan tema konflik rumah tangga yang sama.
  • Reen menyifatkan watak wanita yang dipandang rendah dan lelaki tidak bertanggungjawab sudah tidak relevan dengan realiti masyarakat masa kini.
  • Beliau berharap ada naskhah baru yang membawa nilai dan cerita lebih bermakna untuk penonton.

Pelakon, Reen Rahim meluahkan rasa kecewa terhadap drama tempatan yang disifatkannya masih berkisarkan tema yang sama.

Menerusi ciapan di Threads, Reen turut meluahkan rasa bosan menonton drama yang kebanyakkannya membawa kisah konflik rumah tangga seperti isu penyondol, wanita dipandang rendah serta lelaki yang digambarkan tidak bertanggungjawab.

“Jujur cakap… makin lama makin meluat. Drama sekarang macam tak ada cerita lain. Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh, wanita murah.

“Lima tahun ni macam skrip ‘stuck’ dekat takuk yang sama,” tulisnya.

Tambah Reen, adalah menjadi satu kepuasan membawa watak antagonis namun sudah pasti jalan cerita yang sama akan membuat penonton berasa bosan.

“Memang bawa watak jahat memang best. Tapi dari sudut pandang penonton, penatlah tengok cerita perempuan murah, lelaki tak ada pegangan, perempuan bodoh, lelaki bebal,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Reen turut menyifatkan gambaran wanita sebegitu rupa dilihat sebagai tidak relevan berdasarkan realiti masyarakat masa kini.

Walau bagaimanapun, Reen menegaskan bahawa ciapannya itu bukanlah bertujuan untuk memarahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahu meluahkan rasa rindu terhadap naskhah yang boleh membawa nilai kepada penonton.

“Itu zaman bila punya perempuan? Zaman tu dah habis. Sekarang manusia dah bijak, faham dan ada value.

“Bukan marah. Kita cuma rindu cerita yang ada nilai,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement