Skip to main content
Advertisement

Artis Antarabangsa

Rekaan Menswear Anak Watan Malaysia Gah Di Persada Antarabangsa, Diperagakan Stylist Beyonce Di Acara Karpet Merah Met Gala 2026

Beyonce

Sekilas

  • Rekaan menswear pereka fesyen Malaysia, Dickson Lim, dipakai di acara fesyen berprestij Met Gala 2026.
  • Rekaan tersebut digayakan oleh Ty Hunter, stylist dan pengarah fesyen Beyoncé, yang turut hadir bersama penyanyi itu.
  • Keberhasilan ini menjadikan Dickson sebagai pereka menswear Malaysia pertama yang menembusi Met Gala, menerima pujian ramai netizen.
Advertisement

Nama Malaysia terus gah di persada dunia selepas pereka fesyen tempatan, Dickson Lim mencipta sejarah tersendiri apabila salah satu rekaan menswear miliknya digayakan di acara fesyen berprestij dunia, Met Gala 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Dickson meluahkan rasa bangga kerana rekaan menswearnya berjaya menembusi acara ikonik tersebut.

Advertisement

Rekaan berkenaan digayakan oleh Ty Hunter yang juga dikenali sebagai stylist dan pengarah fesyen lama kepada Beyoncé.

Lebih mencuri perhatian, Ty dilihat hadir bersama Beyoncé sekali gus menonjolkan lagi Dickson di persada antarabangsa.

“First Malaysian menswear designer at Met Gala 2026,” tulis Dickson menerusi hantaran tersebut.

Advertisement

Dalam satu lagi perkongsian, Dickson mengakui seakan sukar untuk mempercayai bahawa hasil kerjanya dipaparkan di platform berpengaruh dunia lebih-lebih lagi sebaris bersama figura sebesar Beyoncé.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah ke atas Dickson atas kejayaannya itu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

Must Watch Video

Advertisement