Skip to main content

Berita Tempatan

‘Rentak Sang Juragan’ Angkat Sanggar Studio Talent Sebagai Juara Sulung Sarong Dance 2026

‘Rentak Sang Juragan’ Angkat Sanggar Studio Talent Sebagai Juara Sulung Sarong Dance 2026

Sekilas

  • Sanggar Studio Talent dari Kuantan muncul juara sulung Sarong Dance ’26 dengan karya ‘Rentak Sang Juragan’, membawa pulang hadiah utama RM3,000.
  • Persembahan peserta lain seperti KETSIDA dan Nusa Harmoni turut menonjol dengan tema sarung sebagai simbol warisan dan identiti budaya Malaysia.
  • Acara ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan lapan kumpulan dan sekitar 300 pengunjung, serta disokong oleh pelbagai penaja dan rakan kolaborasi.
Advertisement

Karya berjudul ‘Rentak Sang Juragan’ berjaya mengangkat Sanggar Studio Talent dari Kuantan, Pahang sebagai juara sulung Sarong Dance ’26 - Road To Sedekad Keretapi Sarong yang berlangsung di Taman Mahsuri, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Sanggar Studio Talent mengetepikan tujuh kumpulan lain dalam pertandingan yang menghimpunkan keseluruhan 85 peserta dengan membawa pulang hadiah utama RM3,000.

Advertisement

Tempat kedua menjadi milik KETSIDA yang menerima RM2,000, diikuti Nusa Harmoni di tempat ketiga dengan RM1,000.

Anak Taming Sari dan Tingkah Masyhur masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima dengan hadiah RM500 setiap kumpulan.

Kesemua lima kumpulan terbaik itu turut bakal meneruskan perjalanan mereka ke Keretapi Sarong 2026 pada September ini, bersempena sambutan sedekad acara berkenaan.

Ditubuhkan sejak 2018, Sanggar Studio Talent mengangkat kain sarung sebagai simbol identiti dan warisan menerusi karya ‘Rentak Sang Juragan’ yang berteraskan lagu ‘Ayuh Juragan’.

Gabungan elemen orkestra, gendang etnik dan irama sewang, disertai penggunaan sarung sebagai prop utama menerusi variasi formasi serta gerak dinamik, memberikan sentuhan kontemporari kepada persembahan berkenaan.

KETSIDA yang meraih tempat kedua pula tampil menerusi karya ‘Rentak Bersama’ yang mengangkat sarung sebagai simbol warisan, identiti dan kebersamaan.

Berteraskan elemen joget, persembahan itu menggabungkan gerak serta irama tradisional dengan olahan segar dan dinamik, sekali gus meraikan seni tari sebagai medium yang menyatukan masyarakat.

Sementara itu, Nusa Harmoni yang menduduki tempat ketiga menerusi karya ‘Sarong: Sehelai Kain, Sejuta Warisan’ mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada figura legenda Cik Siti Wan Kembang.

Karya tersebut menampilkan elemen Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak dengan sarung dijadikan simbol yang menghubungkan perbezaan tradisi serta budaya.

Tingkah Masyhur turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai Pilihan Penonton, manakala Sanggul Emas menerima pengiktirafan Busana Terbaik.

Sarong Dance 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM8,000, selain hadiah tambahan hasil sumbangan rakan penaja antaranya Wardah, Mustika Ratu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Tiffin Jeiwa.

Pengarah Sarong Dance 2026, Nik Amri Nik Hassan berkata, sambutan terhadap penganjuran sulung program itu memberi keyakinan bahawa Sarong Dance mempunyai potensi untuk berkembang sebagai sebuah platform yang mempertemukan komuniti seni tari daripada pelbagai latar belakang.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana penganjuran sulung Sarong Dance mendapat sambutan yang cukup baik daripada peserta, komuniti tari dan pengunjung.

“Sarong Dance bukan diwujudkan sekadar untuk mencari siapa yang terbaik di atas pentas. Kami mahu ia menjadi ruang kepada kumpulan dan penari untuk berkarya, bereksperimen serta mempersembahkan identiti Malaysia melalui bahasa tari dengan kain sarung sebagai titik pertemuan.

“Lebih bermakna apabila edisi pertama ini berlangsung dalam perjalanan menuju sedekad Keretapi Sarong. Kami melihat Sarong Dance sebagai salah satu platform yang boleh melahirkan lebih ramai bakat dan penggerak yang akan bersama-sama membawa warisan serta budaya Malaysia kepada generasi seterusnya,” katanya.

Menurut Nik Amri, penyertaan lapan kumpulan dalam edisi pertama turut memperlihatkan bagaimana satu elemen tradisi seperti kain sarung boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk persembahan tanpa kehilangan akar budaya.

“Setiap kumpulan datang dengan cerita dan interpretasi masing-masing. Ada yang mengangkat tradisi, ada yang bermain dengan elemen kontemporari, tetapi akhirnya mereka bertemu pada satu perkara yang sama iaitu bagaimana sarung boleh terus hidup dan relevan dalam ekspresi generasi hari ini.

“Itulah semangat yang kami mahu bawa. Warisan tidak seharusnya hanya dilihat sebagai sesuatu untuk dikenang, tetapi sesuatu yang boleh terus diteroka, dipersembahkan dan diberikan nafas baharu,” katanya.

Nik Amri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap penganjuran Sarong Dance ’26.

“Terima kasih kepada LOCCO atas kepercayaan dan sokongan sejak awal, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selaku Rakan Lokasi Rasmi, Astro Gempak sebagai Rakan Media Rasmi serta semua rakan penaja, rakan sokongan, vendor, juri, sukarelawan dan kru yang bersama-sama menjadikan edisi pertama ini satu kenyataan.

“Penghargaan paling besar tentunya kepada semua kumpulan yang berani tampil dan memberikan persembahan terbaik. Menang atau tidak, setiap daripada mereka sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju Keretapi Sarong 2026,” katanya.

Pemenang Sarong Dance 2026 dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Pensyarah Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA, Tuan Amandus Paul Panan; wakil LOCCO Malaysia, Adam Faizal dan Faizah Ahkam; Koreografer Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Selangor, Shaikh Hasrul Hafiz Shaikh Anuar serta Director of F&B Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, Azuan Azlan.

Antara aspek yang dinilai termasuk kreativiti dan penggunaan sarung, koreografi, kostum, tatarias dan visual, identiti Malaysia dan nilai persembahan serta interaktiviti bersama penonton.

Penganjuran Sarong Dance 2026 turut menarik kehadiran sekitar 300 pengunjung menerusi pelbagai pengisian yang berlangsung sepanjang hari.

Selain pertandingan tarian, program berkenaan turut diserikan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, aktiviti komuniti, reruai vendor dan aktivasi bersama rakan kolaborasi serta penaja.

Sarong Dance 2026 dianjurkan oleh Antava Projects, disokong oleh LOCCO, dengan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebagai Rakan Lokasi Rasmi dan Astro Gempak sebagai Rakan Media Rasmi.

Penganjuran itu turut dijayakan dengan sokongan barisan rakan penaja dan rakan sokongan termasuk Mustika Ratu, Wardah, Tiffin Jeiwa, Rasa Rasa, World Hotel Petaling Jaya, AADK, Key Billions, QSR Brands, Bidaura, Pantai Hospital Ampang, RH Media, Lomo Pictures dan M Resorts & Hotel.

KEPUTUSAN PENUH SARONG DANCE ’26

Juara
Sanggar Studio Talent
RM3,000

Naib Juara
KETSIDA
RM2,000

Tempat Ketiga
Nusa Harmoni
RM1,000

Tempat Keempat
Anak Taming Sari
RM500

Tempat Kelima
Tingkah Masyhur
RM500

Pilihan Penonton
Tingkah Masyhur

Busana Terbaik
Sanggul Emas

TAMAT
 

Anda mungkin berminat dengan

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement