Sekilas
- Aina Abdul mendapat pujian spontan daripada penonton sewaktu membuat persembahan di sebuah acara yang tular di Threads.
- Dia membalas pujian tersebut dengan gurauan santai yang mencuit hati ramai, termasuk mengakui membaca komen negatif di media sosial.
- Video itu mendapat perhatian warganet yang memuji sikap sporting dan tidak mudah terasa hati Aina terhadap komen-komen di media sosial.
Reaksi dan respon spontan penyanyi, Aina Abdul selepas kecantikkannya dipuji sewaktu membuat persembahan di sebuah acara telah menyorot perhatian dan mencuit hati netizen.
Menerusi video yang tular di Threads, Aina dilihat menerima sorakan daripada penonton yang tidak henti-henti memuji penampilannya.
Pelantun lagu Puas Sudah itu kemudiannya membalas pujian tersebut dengan nada berseloroh dan bersahaja sehingga mengundang tawa serta mencuit hati ramai.
“Ye ye je… tipu (pujian). (Cakap) cantik, cantik, cantik lepas itu di Threads kutuk.
“Jangan ingat saya tak baca, ada yang kata saya masyamlah apalah. Hehehe gurau saja,” seloroh Aina.
Video itu kemudiannya meraih perhatian warganet yang rata-ratanya menyifatkan Aina sebagai seorang yang sangat ‘sporting’ dan tidak mengambil hati dengan komen-komen yang diterimanya di media sosial.
Sumber: Threads