Sekilas
- Pelakon Rita Rudaini terhibur dengan jawapan spontan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, yang tular di media sosial mengenai bapanya.
- Airit membalas komen yang mengaitkan kejayaannya dengan bapanya, Aidil Zafuan, dengan tenang dan mempersoalkan identiti individu tersebut.
- Rita menegaskan kejayaan Airit dalam acara 110 meter lari berpagar adalah hasil usaha sendiri tanpa bergantung kepada bekas suami.
Pelakon, Rita Rudaini tidak dapat menahan rasa geli hati apabila membaca respon anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang tular selepas memberi jawapan spontan mengenai bapanya.
Menerusi Threads, Rita mengakui dia tergelak melihat komen yang ditinggalkan Airit Rayyan namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya untuk memberi jawapan sedemikian.
“Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau,” komennya.

Terdahulu, Rayyan menyorot perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaannya dengan bapanya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Tidak melatah, Airit dengan tenang membalas komen tersebut dengan mempersoalkan siapakah individu yang dimaksudkan oleh pihak berkenaan.
Sebelum ini, Rita menegaskan kejayaan Airit yang mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.
Rita menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami.
Sumber: Threads