Skip to main content

Selebriti

Revalina S Temat Luah Hasrat Mahu Berlakon Di Malaysia - “Saya Sendiri Sebenarnya Sangat Teringin…”

Revalina S Temat Luah Hasrat Mahu Berlakon Di Malaysia

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Revalina S. Temat, menyokong kerjasama antara industri hiburan Malaysia dan Indonesia kerana persamaan budaya memudahkan kolaborasi seni.
  • Revalina berharap dapat bekerjasama dengan penggiat seni Malaysia dan berlakon dalam produksi tempatan sebagai pengalaman baru.
  • Filem terbaharunya, Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku, hasil kerjasama produksi Indonesia-Malaysia, akan ditayangkan di pawagam mulai 5 Februari ini.

Pelakon Indonesia, Revalina S. Temat, menyambut baik kerjasama antara industri hiburan Malaysia, Indonesia yang disifatkan sebagai satu hubungan yang sudah lama terjalin dan perlu diteruskan.

Menurut Revalina, persamaan budaya antara kedua-dua negara memudahkan lagi kolaborasi dalam bidang seni dan hiburan.

“Kerjasama ini sangat baik kerana budaya kita tidak terlalu jauh berbeza. Indonesia dan Malaysia itu mirip.

“Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dari dulu sampai sekarang memang baik, jadi kenapa kita tidak teruskan sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Revalina  juga turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan penggiat seni Malaysia, termasuk berlakon dalam produksi tempatan.

“Saya sendiri sebenarnya sangat ingin bekerja di Malaysia, diarahkan oleh pengarah Malaysia dan bergandingan dengan pelakon Malaysia. 

"Rasanya itu pasti satu pengalaman yang menyenangkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Revalina kini muncul dengan filem terbaharu berjudul, Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku.

Selain Revalina, filem ini turut dibintangi oleh Gunawan Sudrajat, Megan Domani, Annisa Kaila, Roy Sungkono, Risma Nilawati, Dhawiya Zaida, Daniella Sya, Alex Abbad, Sheila Kusnadi, Venly Arauna dan Ustadzah Shofwatunnida.

Diarahkan oleh Jay Sukmo dan ditulis oleh Utiuts, filem ini juga diterbitkan oleh Robert Ronny serta Prima Taufik, dengan Andi Boediman sebagai penerbit eksekutif.

Filem ini juga merupakan hasil kerjasama produksi Indonesia–Malaysia bersama Astro Shaw, dan turut disokong oleh Netzme, KMIF, WOW Multinet Pictures, serta Virtuelines Entertainment.

Filem ini akan menemui penonton dipawagam bermula 5 Februari ini.

Tuhan, Benarkah Kau Mendengar Ku ini mengangkat spiritualiti wanita dalam menghadapi ujian kehidupan, selain menjadi pelukan hangat buat ibu tunggal dan anak-anak yang membesar dalam dinamika keluarga berpecah.

Melalui perspektif seorang wanita, filem ini meneroka sisi rapuh dan kekuatan seorang ibu tunggal.

Watak Sarah (Revalina S. Temat) digambarkan sebagai seorang wanita yang perlu belajar untuk memaafkan, bertahan dan berserah melalui doa apabila kehidupan tidak menawarkan pilihan yang mudah.

Anda mungkin berminat dengan

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Must-Watch Video

Advertisement