Sekilas
- Reymee dari kumpulan Innuendo kini mempunyai akaun Instagram rasmi yang baru dibuka.
- Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, berkongsi berita ini bersama foto bersama Reymee di Insta Stories.
- Perkongsian ini menimbulkan spekulasi peminat tentang kemungkinan projek baru atau konsert Innuendo tidak lama lagi.
Anggota kumpulan Innuendo, Reymee akhirnya membuka akaun Instagram rasminya.
Berita itu dikongsi menerusi hantaran foto di Insta Stories, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang baru-baru ini.
Lebih menarik lagi, perkongsian itu disertakan foto merakamkan dirinya bersama Raymee selain meninggalkan kapsyen yang seolah-olah memberi bayangan mengenai perancangan mereka selepas ini
“Selamat datang ke dunia socmed, anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya okay... @reymeehussein,” tulis Iman ringkas.

Foto itu juga turut dimuat naik di akaun Instagram rasmi Innuendo.
Perkongsian tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada Innuendo bakal tampil dengan projek istimewa, termasuk kemungkinan mengadakan konsert dalam masa terdekat.
Malah ramai juga yang meninggalkan komen meluahkan rasa tidak sabar sekiranya perancangan konsert benar-benar terjadi.

