Skip to main content

Indonesia

Reza Rahadian Hadir, Zaskia Adya Mecca Bawa Ambulans Sertai Demonstrasi #IndonesiaSadar

Reza Rahadian Hadir, Zaskia Adya Mecca Bawa Ambulans Sertai Demonstrasi #IndonesiaSadar

Sekilas

  • Ribuan pelajar Indonesia dan masyarakat sivil mengadakan demonstrasi di Jakarta menentang dasar Presiden Prabowo Subianto, termasuk isu kebakaran hutan yang berterusan.
  • Beberapa selebriti seperti Reza Rahadian, Eva Celia, dan Zaskia Adya Mecca turut serta dalam protes dengan membawa sokongan dan bantuan logistik kepada peserta demonstrasi.
  • Demonstrasi dianjurkan oleh BEM UI dan Komite SADAR dengan lima tuntutan utama termasuk pengurusan bencana, akauntabiliti korporat, tadbir urus tanah, belanjawan negara untuk rakyat, dan hentikan pembaziran politik.
Advertisement

Di sebalik ribuan pelajar Indonesia dan kumpulan masyarakat sivil yang mengadakan demonstrasi di ibu negara Jakarta terutama di kawasan Bundaran Hotel Indonesia (HI), Jakarta Pusat, ikut menyertai protes tersebut adalah karyawan seni tempatan.

Antara sosok yang lantang dan ikut membela nasib rakyat membantah dasar Presiden Prabowo Subianto, termasuk isu kebakaran hutan yang masih tidak berkesudahan adalah aktor berwibawa, Reza Rahadian, Eva Celia dan Zaskia Ayda Mecca.

Advertisement

Pada perhimpunan yang diadakan bersempena sambutan Hari Sumpah Pemuda, Reza yang membintangi filem Biru Laut tampil dengan memakai topi dan pelitup muka, manakala Eva mengenakan kemeja-T putih tertera tulisan “Join Us. We fight for a clean government”.

Zaskia Adya Mecca turut hadir di Bundaran HI dengan membawa ambulans serta bekalan logistik untuk peserta demonstrasi.

Isteri kepada pengarah Hanung Bramantyo itu bukan pertama kali turun ke jalanan bagi menyatakan sokongan terhadap gerakan mahasiswa, lapor Kompas.

Advertisement

Zaskia sebelum ini turut menyediakan bekalan makanan dan bantuan perubatan bagi membantu mahasiswa yang menyertai demonstrasi.

Pelakon merangkap bekas ahli politik, Wanda Hamidah, juga dilihat berada dalam kalangan peserta demonstrasi di Bundaran HI.

Wanda turut membawa poster tertera slogan “Silence is violence” sebagai tanda sokongannya terhadap perjuangan berkenaan.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh Badan Eksekutif Mahasiswa Universitas Indonesia (BEM UI) bersama Komite Selamatkan Daulat Rakyat (Komite SADAR).

Perhimpunan tersebut dikatakan sebagai kesinambungan demonstrasi yang berlangsung pada 20 Oktober 2026.

Menerusi kenyataan mereka, Komite SADAR mengangkat slogan “Tepati atau Pergi” sebagai seruan kepada pihak berkuasa untuk memenuhi tuntutan yang dikemukakan.

Antara lima tuntutan utama yang dibawa dalam demonstrasi berkenaan termasuk Pengurusan bencana dan tanggungjawab korporat perlu menetapkan status bencana nasional, mengadili syarikat korporat yang bertanggungjawab serta menyelesaikan isu penyepaduan tadbir urus tanah.

Mereka juga menuntut  belanjawan negara untuk rakyat yang wajib memastikan belanjawan negara (APBN) digunakan demi kepentingan rakyat serta menghentikan pembaziran bagi kepentingan politik yang berselindung di sebalik program populis seperti Makan Bergizi Gratis (MBG) dan Koperasi Desa Merah Putih (KDMP)

Demonstrasi itu menjadi platform bagi mahasiswa dan masyarakat sivil untuk menyuarakan tuntutan mereka berkaitan tadbir urus, kebajikan rakyat serta kebebasan bersuara.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement