Skip to main content

Hiburan

Rezeki Tak Disangka, Dr. Fie ‘Keluar’ Kereta Baharu - “Alhamdulillah Kerana Dia Lebih Tahu”

Dr.Fie

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof menyorot perhatian warganet selepas berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kenderaan baharu.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr. Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr.Fie, dia meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diterimanya.


“Kalau Allah datangkan rezeki dengan cara yang tak dijangka, itu bukan kebetulan, itu rahmat. Syukur Alhamdulillah kerana Dia lebih tahu,” tulisnya.

Tambahnya lagi, pembelian kenderaan itu dilakukan demi kemudahan anak-anaknya, khususnya untuk urusan harian seperti ke sekolah.

“Syukur ya Allah, rezeki anak-anak. Kereta bawa anak sekolah,” kongsinya kepada salah seorang pengikut yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut. 

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa gembira dan mendoakan agar Dr. Afifah serta anak-anak terus diberikan kekuatan dan dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement