Skip to main content

Hiburan

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat, Yusry Syukur Raih Peminat Remaja Selepas 'Dendam Seorang Mentua' - “Saya Tidak Lihat Ia…”

Yusry

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim anggap tular drama Dendam Seorang Mentua sebagai rezeki dan peluang dapat peminat baru terutama golongan remaja.
  • Yusry tekankan pentingnya jaga kesihatan dan kecergasan fizikal sebagai tanggungjawab penghibur tanpa tekanan dari ekspektasi peminat.
  • Selepas 23 tahun, Yusry berjaya lancar album solo Eternal dan berharap lagu-lagu dalam album itu dapat menyentuh hati pendengar.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim menganggap perhatian luar biasa yang diterimanya selepas tular menerusi drama Dendam Seorang Mentua sebagai satu rezeki, bukannya tekanan.

 

Advertisement

Menurut Yusry, 53, dia sama sekali tidak menyangka naskhah tersebut membuka peluang untuk meraih lebih ramai peminat baharu, termasuk daripada golongan remaja.

 

Jelas suami kepada pelakon Lisa Surihani itu, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin tanpa meletakkan sebarang harapan untuk menjadi fenomena.

Advertisement

 

“Saya tidak lihat ia sebagai tekanan, tetapi apa yang lebih lucu selepas saya berlakon drama itu banyak pula peminat dalam kalangan remaja. 

 

“Macam saya cakap sebelum ini rezeki tak pernah salah alamat. Saya tak pernah rancang pun drama Dendam Seorang Mentua menjadikan saya seperti ini (tular). 

 

“Saya tak pernah rancang, redah saja. Namun saya bersyukur kerana mendapat peminat yang menghargai diri saya,” katanya kepada Gempak. 

 

Selebriti berusia 53 tahun itu ditemui di sidang media Eternal Gala Night with Yusry yang diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada malam Sabtu. 

 

Dalam masa sama, Yusry mengakui dia kini lebih menitikberatkan aspek kesihatan dan kecergasan fizikal, namun bukan kerana mahu memenuhi ekspektasi peminat.

 

“Sudah tentu saya perlu bersenam untuk stamina. Ia bermula sewaktu konsert KRU tahun lalu, sebelum itu saya tidak pernah rasa fit seperti ini. 

 

“Saya tidak berasa tertekan sebaliknya sudah menjadi sebahagian tanggungjawab sebagai penghibur untuk kelihatan lebih baik,” ujarnya. 

 

Berkongsi perkembangan lain, Yusry turut meluahkan rasa syukur apabila masih menerima sokongan padu daripada peminat sehingga berjaya melancarkan album solo berjudul Eternal, selepas 23 tahun. 

 

Yusry berharap setiap lagu yang dimuatkan dalam album tersebut mampu menyentuh hati pendengar dan mempunyai kaitan dengan kisah hidup mereka.

 

“Saya berharap setiap orang akan menemui sekurang-kurangnya sebuah lagu dalam album ini yang dekat dengan kisah hidup mereka,” katanya. 

 

Pada Eternal Gala Night, Yusry menghiburkan peminat menerusi enam lagu termasuk Dekat Padamu, Hancur Kecewa dan Jiwa & Raga.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

Chillwax hair removal wax pencabut bulu 250ml Sugar wax 100% Organic

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

TIME PHORIA-Lunara Frost 3D Plump 24H Moisture Intstant Shine Nourishing Serum Lip Balm Lip Care

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

L'Occitane Shea Butter Extra Gentle Soap - Milk 250g

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement