Skip to main content

Drama

Rider Nak Jadi Penyanyi, Inspirasi Black Hanifah Hidupkan 'Suara Sunyi Di Subuh'

Astro Gempak black

Sekilas

  • Drama digital 'Suara Sunyi Di Subuh' mengisahkan perjuangan Black, seorang rider penghantar makanan yang bercita-cita menjadi penyanyi, diinspirasikan dari kisah sebenar Black Hanifah.
  • Drama ini juga menampilkan Sharil, seorang bekas pekerja pejabat yang nekad buka bengkel motosikal sendiri dan menghadapi cabaran besar dengan sokongan komuniti rider.
  • Disiarkan sejak 19 Februari 2026 di TikTok dan Instagram @terpalingcerita, drama ini menggabungkan elemen muzik dan emosi sambil menyampaikan mesej tentang keberanian mengejar impian tanpa mengira latar belakang.

Drama digital 'Suara Sunyi Di Subuh' kini menjadi antara naskhah paling hangat diperkatakan penonton Ramadan apabila menyajikan kisah manusiawi penuh emosi tentang impian, pengorbanan dan pertaruhan hidup yang mengusik rasa.

Dalam drama terbitan Mantayay Sdn Bhd ini, watak Black bukan sekadar rider penghantar makanan biasa tapi juga menyimpan impian besar untuk bergelar penyanyi, perjalanan yang diinspirasikan daripada kehidupan penyanyi terkenal Black Hanifah sendiri yang memulakan karier dari bawah sebelum dikenali ramai.

Lebih menarik lagi, drama ini turut menggunakan lagu Ramadan Black Hanifah sebagai salah satu runut bunyi utama, menjadikan penceritaan watak Black terasa lebih hidup, dekat dan realistik.

Dengan gabungan elemen muzik dan emosi, watak itu menjadi simbol bahawa cita-cita tinggi tidak pernah terhad oleh latar kerja atau status sosial.

Bukan itu sahaja, drama ini turut mengetengahkan watak Sharil, seorang pengurus pejabat yang nekad meninggalkan pekerjaan tetap demi membuka bengkel motosikal sendiri, keputusan yang dianggap 'gila' oleh sesetengah pihak.

Sharil kemudian menghadapi detik getir apabila bengkel hampir gulung tikar, namun semangat dan sokongan saudara komuniti rider membentuk satu hubungan unik ketika era sukar itu.

Dalam satu adegan penting, Sharil menggunakan rangkaian rider untuk mendapatkan alat ganti penting, dan sebagai balasan Sharil membantu membuka peluang pertama Black untuk menghantar demo ke studio rakaman profesional yang mungkin mengubah kehidupan Black selamanya.

Projek ini tidak hanya menonjolkan sisi hiburan, tetapi turut menyampaikan mesej kuat tentang maruah dan impian yang tidak ditentukan oleh uniform atau jawatan, sebaliknya oleh keberanian individu itu sendiri untuk memperjuangkan cita-cita.

Suara Sunyi di Subuh bermula ditayangkan pada 19 Februari 2026 di TikTok dan Instagram @terpalingcerita, dengan dua episod baharu disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan.

Mantayay sebelum ini telah mengumpul lebih 600 juta tontonan menerusi drama drama terdahulu termasuk Terpaling Menantu dan Terlanjur Nikah.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must-Watch Video

Advertisement