Skip to main content

Selebriti

Riena Diana Tegur Sikap Individu Hina Penduduk Rumah PPR - “Dulu Saya Duduk PPR Air Panas, Bangga Dengan Bapa…”

Riena Diana PPR

Sekilas

  • Pelakon Riena Diana menegur individu yang menghina penduduk PPR dan berkongsi pengalamannya tinggal di PPR Air Panas ketika berusia 18 hingga 20 tahun.
  • Riena menegaskan dia bangga dengan latar belakangnya dan tidak pernah rasa malu walaupun tinggal di PPR sambil bekerja keras sebagai sales girl.
  • Dia mengingatkan supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana setiap orang mempunyai latar belakang berbeza dan tidak semua berpeluang hidup mewah.

Pelakon, Riena Diana tampil menegur sikap seorang individu yang dilihat seolah-olah menghina penduduk yang menetap di Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menerusi perkongsian di platform Threads, Riena berkata dia sendiri pernah tinggal di PPR Air Panas, sekitar usia 18 hingga 20 tahun.

Malah kata Riena, dia tidak pernah berasa malu dan menganggap pengalaman itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup ketika membesar.

“Saya okay je, dulu saya duduk PPR Air Panas dekat setapak dari umur 18-20 tahun gitu. Bangga dengan bapa saya yang menjaga saya, adik dan nenek masa tu.

“Masa tu, situ sahaja dia mampu. Saya hari-hari balik kerja lewat malam sebab kerja sales girl dekat Toys R Us.

“Parking jauh, alhamdulillah selamat dan sikit pun saya tak pernah mengeluh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Riena juga menyatakan kenyataan sedemikian tidak wajar kerana setiap individu mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza dan tidak semua berpeluang menikmati kehidupan lebih mewah.

“Mungkin lain kali jaga ayat sebelum tulis sesuatu. Tak semua orang ada rezeki macam awak nak duduk di tempat mewah dan tempat yang tidak busuk,” tegasnya.

Terdahulu, seorang individu telah memuat naik hantaran di Threads dan mempersoalkan golongan yang tinggal di kawasan PPR.

Menurutnya kawasan tersebut tidak selesa untuk diduduki dengan keadaan yang banyak anjing liar serta persekitaran berbau.

“Serius talk. Macam mana korang boleh hidup duduk PPR ea?

“Dengan busuk bau tahi kucing nya. Banyak anjing liar. Keliling pula busuk bau sampah,” tulis individu berkenaan.


Sumber: Threads @rienadiana_

Anda mungkin berminat dengan

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement