Penyanyi dan usahawan, Rihanna mengumumkan selamat menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya bersama pasangan A$AP Rocky.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelantun lagu Umbrella itu berkongsi gambar mendukung bayi perempuannya yang mengenakan stoking renda comel manakala dirinya tampil anggun dengan reben merah jambu pada kedua belah lengan.
Advertisement
Bayi perempuan tersebut diberi nama Rocki Irish Mayers dan selamat dilahirkan pada 13 September lalu.
Menariknya, A$AP Rocky sebelum ini sudah pun menaruh harapan untuk menimang cahaya mata perempuan.
Dalam satu temu bual bersama Elle, rapper berusia 35 tahun itu mendedahkan firasatnya kuat bahawa kehamilan kali ini berbeza.
“Saya harap kali ini perempuan. Kita memang doa sangat nak anak perempuan,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini dikurniankan dua orang anak lelaki RZA, 3, dan Riot, 2.
Kemudian,Rihanna mengejutkan peminat dengan khabar baik tentang perkembangan dirinya melalui cara tersendiri di karpet merah Met Gala 2025.
Pasangan rapper A$AP Rocky dengan tenang mendedahkan dirinya hamil anak ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas melahirkan anak pertama dan kedua.
Penyanyi itu hanya perlu memakai busana yang menampakkan perutnya sudah membesar sekaligus mengesahkan sedang hamil lagi. Dia memakai baju berwarna biru cair yang dipadan bersama skirt dan boots.