Skip to main content

Indonesia

Rina Nose Menyesal, Kemurungan Lepas Mancungkan Hidung

Astro Gempak rina nose

Sekilas

  • Rina Nose berkongsi pengalamannya mengalami post-op blues selepas menjalani pembedahan plastik untuk memancungkan hidung bersama pakar estetik Tompi.
  • Dia mengaku mengalami kegelisahan dan kemurungan selama dua bulan kerana risau tentang bagaimana penampilannya dilihat di kamera dan televisyen.
  • Rina menegaskan keputusan pembedahan itu dibuat dengan pertimbangan etika, estetika, dan nisbah geometri wajah agar hasilnya harmoni dan sesuai.
Advertisement

Hos terkenal Indonesia, Rina Nose mendedahkan dirinya sempat mengalami fasa post-op blues atau kegelisahan selepas pembedahan plastik baru-baru ini.

Perasan gelisah itu muncul selepas dia menjalani pembedahan plastik dengan memancungkan hidung yang dilakukan bersama rakan industri yang juga merupakan pakar estatik, Tompi.

Advertisement

Pengacara Big Stage 2023 itu mengaku mengalami masalah kegelisahan dan cemas dengan pandangan khalayak terhadap perubahan yang telah berlaku pada wajahnya.

“Saya rasa menyesal dan menangis. Saya kemurungan selama dua bulan kerana berfikir bagaimana rupa saya dilihat orang. Selepas saya cari tahu apa ‘masalah’ yang melanda saya, rupanya ia dinamakan post-op blues,” ujar Rina seperti dilaporkan InsertLive.

Pelawak itu juga mengatakan bimbang memikirkan penampilan terkini sewaktu muncul di televisyen atau kamera.

Advertisement

“Bila saya lihat kamera, beza ya wajah saya. Tengok cermin pun beza wajahnya, begitu juga di kamera telefon bimbit.

“Jadi ia buat saya cemas nanti bagaimana wajah saya akan kelihatan kalau tampil di kamera wartawan atau kaca televisyen,” katanya lagi.

Terdahulu, Rina berkongsi keputusan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung agar kelihatan lebih mancung telah dipertimbangkan dengan cukup lama.

Kata wanita berusia 42 tahun ini, selain menilai dari segi etika dan estetika, dia juga mengambil berat tentang nisbah geometri bentuk wajah agar perubahan yang dilakukan sesuai.

“Saya buat pembedahan plastik bukan kerana trend mahu cantik atau sekadar ikut-ikutan. Pembedahan plastik merupakan keputusan yang melibatkan aspek etika dan estetika yang agak rumit kerana ia merangkumi banyak pertimbangan, termasuk pemahaman serta pengiraan nisbah geometri bentuk wajah untuk mendapatkan bentuk yang sesuai dan harmoni,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must Watch Video

Advertisement