Skip to main content

Hiburan

“Rindu Boleh, Tapi Kembali Jangan” – Adik Waniey Gembira Ada Gen-Z Yang Tahu Lagu ‘Tubik Masuk’

Astro Gempak 251

Sekilas

  • Adiek Waniey terharu lagu-lagu lamanya masih popular dalam kalangan generasi muda di TikTok walaupun ada rasa malu dengan gaya muzik lama yang lebih rock and roll.
  • Waniey mengakui rindu zaman kegemilangan lagu-lagu lamanya tetapi tidak mahu mengulanginya.
  • Beliau akan membuat persembahan dalam Konsert Kelate Ke KL 2026 pada 29 Ogos di Zepp Kuala Lumpur bersama penyanyi popular Kelantan lain.
Advertisement

Penyanyi dialek Kelantan, Adiek Waniey mengakui terharu apabila lagu-lagu lamanya masih ada menjadi siulan dalam kalangan generasi muda di platform TikTok.

Menurut Waniey, dia gembira apabila karya-karya terdahulu masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna media sosial, namun pada masa sama mengakui sedikit malu apabila lagu-lagu tersebut menjadi perhatian.

“Rasa happy, tapi ada sedikit malu sebab lagu-lagu dulu kan macam-macam sikit. Rock and roll.

“Ada lagu yang paling ‘rare’ sekali iaitu Suk Suk Tubik Masuk,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 di sini, baru-baru ini.

Ditanya sama ada merindui era kegemilangan lagu-lagu terdahulunya, Waniey mengakui tetap terkenang zaman tersebut, namun enggan mengulanginya.

“Rindulah. Rindu boleh, tapi kembali jangan,” katanya berseloroh.

Kebelakangan ini, beberapa lagu lama nyanyian Waniey seperti Tubik Masuk kembali menjadi pilihan pengguna TikTok sebagai muzik latar untuk pelbagai kandungan video.

Dalam perkembangan lain, Waniey bakal membuat persembahan dalam Konsert Kelate Ke KL 2026 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan.

Konsert anjuran Natriya Enterprise dengan kerjasama Irama Entertainment dan Ikarl Project itu turut menghimpunkan barisan penyanyi popular Kelantan seperti Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla dalam meraikan keunikan muzik serta budaya Pantai Timur.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement