Skip to main content

Hiburan

Rindu Menyanyi, Aufahanie Lepaskan Kerjaya Pramugari – “Sekarang Mungkin Masa Sesuai Untuk Kembali..”

Rindu Menyanyi, Aufahanie Lepaskan Kerjaya Pramugari – “Sekarang Mungkin Masa Sesuai Untuk Kembali..”

Sekilas

  • Aufahanie, 23, telah berhenti kerja sebagai pramugari selepas dua tahun untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian dengan sokongan ibunya, Umi.
  • Keputusan berhenti kerja dibuat selepas mengambil masa enam hingga tujuh bulan dan dipengaruhi oleh kehilangan abangnya yang memberi kesan emosi kepadanya.
  • Walaupun kurang aktif secara fizikal, Aufahanie masih aktif berkongsi nyanyian di media sosial dan kini mula menerima tawaran persembahan secara berperingkat.
Advertisement

Kerinduan terhadap pentas nyanyian serta dorongan ibu membuka hati penyanyi Aufahanie untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas memilih melepaskan kerjaya sebagai pramugari.

Menurut Aufahanie, 23, dia sudah meletakkan jawatan beberapa bulan lalu selepas dua tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya mengambil masa enam hingga tujuh bulan serta mendapatkan pandangan ibunya yang dipanggil Umi.

“Sebenarnya lama (ambil masa fikir berhenti kerja). Saya ambil masa enam tujuh bulan. Saya memang tanya Umi pendapat, tapi Umi memang lagi suka saya menyanyi.

“Dan sebenarnya perjalanan saya dalam industri semua ada Umi dalam cerita itu. Kalau saya tak sambung menyanyi, selain daripada minat saya sendiri, saya rasa siakan usaha Umi juga.

“Apa yang saya ada sekarang ini sebenarnya memang Umilah yang tolong saya untuk ada dekat sini. Jadi saya kembali ini untuk Umi juga,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan ke-25 Bayu Somerset di 118 Mall, Merdeka 118, baru-baru ini.

Mengimbau keputusannya untuk bekerja tetap, Aufahanie mengakui kehilangan Allahyarham abang, Nidza Afham memberi kesan terhadap emosinya sehingga sukar menikmati nyanyian seperti dahulu.

Katanya, aktiviti seni yang sebelum itu sering ditemani arwah membuatkan rasa rindu kembali menjengah setiap kali dia menyanyi.

“Selepas Abang Am pergi, saya macam rasa kurang gembira sebab dahulu kalau menyanyi selalu ada abang.

“Bila menyanyi sahaja akan rindu dekat arwah abang. Jadi masa itu saya buat keputusan untuk kerja tetap dahulu.

“Lama-kelamaan apabila rasa dah makin lega, saya rindu nak menyanyi. Umi pun tanya bila saya nak menyanyi balik, jadi saya buat keputusan untuk tinggalkan ‘awan’ dan nyanyi semula” ujarnya.

Kini, Aufahanie merasakan dirinya semakin bersedia dari segi emosi untuk kembali menerima tawaran nyanyian secara berperingkat.

Menurutnya, meskipun kurang aktif membuat persembahan sepanjang bekerja sebagai pramugari, dia tidak pernah meninggalkan nyanyian sepenuhnya.

Sebaliknya, dia masih berkongsi nyanyian semula lagu serta mengadakan sesi siaran langsung dalam media sosial untuk pengikutnya.

“Dua tahun saya berhenti menyanyi, tetapi dekat media sosial aktif sahaja sebenarnya. Tak adalah saya hilangkan diri.

“Siapa yang masih ikuti saya tahu sebenarnya saya masih menyanyi, masih buat siaran langsung nyanyi kadang-kadang.

“Sekarang mungkin masa yang sesuai untuk kembali. Dari segi emosi pun saya rasa dah semakin bersedia,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Aufahanie sudah mula mengambil tawaran persembahan mengikut kesesuaian.

Terdahulu, Aufahanie bersama penyanyi Iman Troye memeriahkan pembukaan cawangan baharu Bayu Somerset menerusi persembahan secara langsung.

Pembukaan cawangan ke-25 di Merdeka 118 itu turut menyokong sasaran jenama fesyen tempatan berkenaan untuk memiliki 32 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement