Sekilas
- Watie Hanifiah, isteri pelawak Shuib, mengakui rindu untuk bercuti dan ada masa untuk diri sendiri selepas bergelar ibu.
- Dia berkongsi kali terakhir keluar berdua dengan Shuib adalah semasa berbulan madu selepas pernikahan mereka.
- Perkongsian Watie mendapat pelbagai reaksi daripada ibu-ibu lain yang turut mengalami kesukaran meninggalkan anak-anak walaupun sekejap.
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui rindu untuk bercuti bersama kawan-kawan atau mempunyai masa untuk diri sendiri.
Bagaimanapun, selepas bergelar isteri dan ibu, dia mengakui sukar untuk meninggalkan anak-anak walaupun hanya untuk bercuti seketika.
"Mommies semua nak tanya, korang jenis yang masih pergi travel dengan kawan-kawan tak?
"Sebab Mummy dulu memang kaki travel dengan kawan-kawan. Bila dah kahwin ni, hati macam teringin sangat nak me time macam dulu lagi. Tapi macam mana ya nak handle perasaan jenis tak boleh pula tinggal anak-anak," tulisnya.
Pada masa sama, Watie juga berkongsi kali terakhir dia dan Shuib keluar berdua sewaktu bulan madu selepas pernikahan mereka.
"Sebab itu lah Mummy rasa kali terakhir Mummy dating berdua dengan Daddy adalah masa honeymoon lepas nikah,"
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi daripada para ibu yang rata-ratanya mengakui mengalami situasi yang sama.
"Faham tu. Saya pun kaki travel. Saya tinggal je, nangis dekat airport. Nanti dah naik kapal terbang, dah jumpa kawan-kawan terus lupa. Tak apa mommy, mak happy, anak pun happy.
"Pernah cakap dengan suami, rindu nak dating berdua. Tapi sampai anak nak masuk tiga tahun, fasa nak berdua tu memang tak pernah ada. Tak tahu macam mana nak tinggal anak walaupun keluar makan sekejap.
"Kita geng. Husband memang bagi green light, tapi saya jenis tak boleh tinggalkan anak-anak. Rasa nak angkut sekali, baru tenang.
"Kononnya nak dating makan Seoul Garden berdua. Anak tinggal dengan babysitter. Sekali langsung tak lalu makan. Sudahnya balik ambil anak, baru sambung jalan-jalan," tulis netizen.