Skip to main content

Hiburan

Ringkas Tapi Eksklusif! Netizen ‘Jatuh Cinta’ Lihat Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman - "Stunning Details..."

Amira Othman

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman menyorot perhatian netizen selepas tampil dengan busana ringkas nampun tampak ekslusif sempena majlis resepsi di Johor Bahru pada Sabtu. 

Busana berona Nude itu merupakan rekaan eksklusif pereka fesyen tempatan, Fiziwoo.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fiziwoo menjelaskan busana tersebut direka dengan menggabungkan keindahan tradisi Johor dan elemen moden. 

“Fattah dan Amira tampil anggun dalam busana Bangsa Johor rekaan khas Fiziwoo menggabungkan keindahan tradisi Johor dengan sentuhan moden yang penuh jiwa.

“Setiap helaian benang tulang belut dan sulaman ayak dijahit dengan doa manakala setiap perincian mencerminkan kasih dan kehalusan seni Rumah Fashion Fiziwoo,”tulisnya di ruangan kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan jatuh cinta dengan rekaan busana daripada Fiziwoo.

"Congrats!!! 👏🏻 Baju cantik, sesuai dengan penampilan Amira 🥰

"Lawa sgt & so unique!!! Love the colour too!

"Giler cantikk oo baju ni n all the beads detailing.

“Cantik sangat. 

“Lawa warna ni.

“Nampak sopan. 

“Cantik nampak klasik sesuai dgn baju melayu Johor pengantin lelaki.

“Lawa betul baju pengantin warna yg jarang pengantin guna sekarang ni.

“Stunning details,” komen netizen.

Terdahulu, Fattah Amin dan Amira Othman selamat dinikahkan pada 14 September 2025 dengan sekali lafaz di sebuah hotel di Sepang. 

Majlis itu disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan bapa pengantin perempuan sebagai wakil wali. 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement