Skip to main content

Hiburan

Rita Rudaini ‘Naik Hantu’, Berang Kejayaan Anak Diperkecil - “Tak Ada Siapa Terus Lahir…”

Astrogempak MRSM

Sekilas

  • Pelakon Rita Rudaini mempertahankan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, selepas kejayaannya di Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 diperlekehkan di media sosial.
  • Airit Rayyan memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar dan turut meraih tempat kedua dan ketiga dalam acara 100m dan 200m mewakili kontinjen Selangor.
  • Rita menegaskan bahawa setiap atlet bermula dari satu peringkat sebelum melangkah ke kejohanan lebih besar dan membalas komen negatif dengan tegas.
Advertisement

Pelakon, Rita Rudaini tampil mempertahankan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin selepas kejayaannya yang berjaya memecahkan rekod pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 diperlekehkan oleh seorang individu di media sosial.

Tidak berdiam diri, Rita membalas komen tersebut dengan menegaskan bahawa setiap atlet hebat bermula dari satu peringkat sebelum melangkah ke kejohanan yang lebih besar.

“Semua atlet bermula dari satu peringkat. Tak ada siapa terus lahir di MSSM…mcm hang laa…kluar dr perut mak hang bukan terus boleh bercakap atau berlari kan? Bodo nya..laki sapa tah ni ayooooooooo …kesian mak hang beranak anak bod

Rita berkata demikian selepas membalas satu hantaran daripada seorang individu yang memperkecilkan pencapaian anaknya itu. 

“Rekod MRSM je pun bukan MSSM 😂 ,” kata individu tersebut



Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, komen pelakon Anak Mami itu sudah hilang daripada hantaran tersebut.

Terdahulu, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, terus mengharumkan nama keluarga apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter (m) lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Mewakili kontinjen Selangor, Rayyan yang berusia 17 tahun mempamerkan aksi cemerlang apabila turut meraih tempat kedua dalam acara 100m dan tempat ketiga bagi acara 200m.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement