Skip to main content

Hiburan

Rita Rudaini Puji Cara Cik B Bawa Diri - “Antara Ikon Gen Z Yang Baik, Beradab, Matang, Positif…”

Rita Rudaini Puji Cara Cik B Bawa Diri - “Antara Ikon Gen Z Yang Baik, Beradab, Matang, Positif…”

Sekilas

  • Pelakon Rita Rudaini kagum dengan kematangan dan adab Cik B, anak usahawan Datuk Seri Vida, selepas berborak panjang dengannya.
  • Rita memuji cara Cik B mengendalikan situasi dengan tenang dan positif, serta menganggapnya sebagai contoh baik untuk golongan Gen Z.
  • Rita juga memberi penghargaan kepada Datuk Seri Vida atas didikan yang membentuk keperibadian Cik B yang matang dan berkeyakinan.
Advertisement

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kagum terhadap anak usahawan Datuk Seri Vida, Cik B selepas berkesempatan bertemu dan berbual panjang dengan pempengaruh muda itu.

Menerusi Threads, Rita berkata, pertemuan tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga dia masih bercerita mengenai Cik B kepada anak-anaknya selepas pulang ke rumah.

“Semalam saya jumpa Cik B. Berborak macam-macam dengan Gen Z ini, tapi entah kenapa borak itu terbawa-bawa sampai saya balik rumah.

“Sampai rumah saya cerita dekat anak-anak pasal Cik B. Tak habis lagi, anak sulung saya telefon pukul 12.30 malam, saya sambung lagi cerita pasal Cik B,” tulisnya.

Menurut Rita, perkara paling menyerlah mengenai Cik B bukan kemewahan yang dimiliki, sebaliknya adab serta cara membawa diri.

“Cik B mungkin ada segalanya, tapi apa yang paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki, tetapi cara dia membawa diri.

“Apa saja kami borak, apa saja kami tanya, dia jawab dengan sangat matang, tenang dan cool,” katanya.

Rita berkata, dia turut kagum mendengar cara Cik B mengendalikan situasi apabila berdepan teguran atau kemarahan ibunya.

“Bila dia cerita bagaimana dia handle keadaan bila mama marah, cara dia berfikir, cara dia melihat sesuatu, saya kagum.

“Saya dah jumpa ramai orang dalam hidup, tapi jarang saya jumpa anak muda seusia dia yang begitu matang, tenang dan tahu membawa diri. 

“Bagi saya Cik B ini macam ChatGPT versi manusia. Borak apa pun, semua ada jawapan.

“Bezanya jawapan dia datang dengan ketenangan, positif dan kadang-kadang buat kita yang lebih berusia pula terfikir,” katanya.

Tambah Rita, Cik B juga merupakan antara contoh baik buat golongan Gen Z kerana mempunyai adab, kematangan serta keyakinan terhadap diri sendiri.

“Pada saya, dia antara ikon Gen Z yang baik untuk anak-anak muda jadikan contoh, beradab, cool, positif, matang dan tahu siapa dirinya.

“Banyak benda boleh dibeli dengan duit. Tapi adab, kematangan dan cara membawa diri, itu kekayaan yang sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, Rita turut memuji Datuk Seri Vida atas cara didikan yang membentuk keperibadian Cik B sehingga hari ini.

“Tahniah Mama, kerana membesarkan seorang Cik B,” tulisnya.

 

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

(Refine by Lovito) Cute Blouse Lace Ruffle Spring/summer White Blouse for Women LR32A038 (Refine by Lovito) Blaus Comel Renda Ruffle Musim Bunga/panas Blaus Putih untuk Wanita LR32A038

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

ASICS Lifewalker M010 (Wide) Men Walking Shoes In Black/Black

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement