Skip to main content

Hiburan

Rita Rudaini ‘Seram Sejuk’ Lakon Babak Pertama Dengan Eman Manan - “Saya Kena Sepak Dia Masa Tengah…”

Rita Rudaini

Sekilas

  • Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalaman pertama bergandingan dengan pelakon lagenda, Eman Manan, yang membuatkan dia berasa gementar.
  • Dalam babak pertama, Rita perlu menendang Eman ketika dia sedang menunaikan solat, dan pengarah mahu aksi itu kelihatan realistik.
  • Selepas menendang, Rita mengakui kakinya sakit kerana badan Eman yang keras seperti batu, tetapi babak itu berjaya dilakukan dengan sekali sepakan sahaja.
Advertisement

Pelakon Rita Rudaini mengimbau kembali pengalaman pertama dapat bergandingan dengan pelakon lagenda, Eman Manan. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Rita mengakui dia berasa gementar untuk melakonkan babak pertama yang memerlukan dia menendang Eman ketika sedang menunaikan solat. 

 

“Masa ini pertama kali dapat tawaran bergandingan dengan lagend. Seram sejuk babak pertama. Tapi ada satu babak tu saya kena sepak dia masa tengah solat. 

Advertisement

 

“Banyak lali ambil sebab pengarah kata bocor sepak itu nampak sangat tipu. Abang Eman cakap ‘tak apa sepak tendang saja betul-betul’. Dalam hati saya ‘hm bila masa lagi kan nak teranjang Eman Manan’,” kongsinya. 

 

Sebaik sahaja melakukan babak itu, Rita memberitahu kakinya terasa seperti terseliuh dan sakit disebabkan badan Eman keras seperti batu. 

 

“Dan sekali sepak saja terus ‘cut! Good!’. Tapi kaki ku rasa macam nak terseliuh 🥹 sakit gila… ha ambil. Masa tu dapat balasan. Keras betul badan macam sepak batu,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement