Skip to main content

Hiburan

Rizky Febian Kembali Ke KL, Nadhif Basalamah Jadi Artis Jemputan Di Konsert Malam Rawan, Diorama

Rizky Febian Kembali Ke KL, Nadhif Basalamah Jadi Artis Jemputan Di Konsert Malam Rawan, Diorama

Sekilas

  • Konsert Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian di Zepp KL pada 29 November mencatat jualan tiket sebanyak 70 peratus setakat ini.
  • Rizky Febian dan artis jemputan Nadhif Basalamah akan berkongsi pentas dengan persembahan bertemakan cinta dan kerinduan.
  • Tiket masih dijual dengan harga bermula RM228 dan boleh dibeli melalui Ticket2U.com.my/RizkyFebian.
Advertisement

Konsert Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 29 November ini di Zepp KL mencatat jualan tiket sebanyak 70 peratus.

Wakil penganjur, Datin Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran penuh dan berharap baki tiket dapat dihabiskan sebelum tarikh persembahan.

Advertisement

“Sasaran tentulah penuh sebab kita buat di Zepp. Setakat ini alhamdulillah sudah dalam 70 peratus.

“Kepada yang masih berfikir-fikir, jualan masih dibuka. Insya-Allah kita akan cuba capai jualan habis secara organik sebelum tarikh konsert,” katanya pada sidang media di Imyra House of Events, hari ini.

Dibawakan oleh Kumho International, konsert tersebut dianjurkan AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia.

Advertisement

Selain kemunculan Rizky, penyanyi dan pencipta lagu Indonesia, Nadhif Basalamah turut diumumkan sebagai artis jemputan yang bakal berkongsi pentas pada malam berkenaan.

Kehadiran pelantun Penjaga Hati itu menambah tarikan kepada persembahan yang menghimpunkan karya bertemakan cinta, kerinduan serta perjalanan perasaan.

Sementara itu, Rizky meluahkan keterujaan untuk kembali bertemu peminat di Malaysia yang disifatkan mempunyai tempat istimewa dalam perjalanan muziknya.

Menurutnya, konsert tersebut bukan sekadar ruang menghiburkan penonton, malah peluang mencipta kenangan bersama mereka.

“Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur.

“Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya dan saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama.

“Kali ini, saya ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir,” katanya.

Nadhif turut berharap penglibatannya dalam Malam Rawan dapat memberikan pengalaman manis kepada peminat yang hadir.

“Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada Malam Rawan bersama Rizky Febian.

“Saya berharap dapat memberikan persembahan yang istimewa dan mencipta kenangan manis buat peminat yang hadir nanti,” ujarnya.

Tiket konsert kini boleh dibeli menerusi Ticket2U.com.my/RizkyFebian dengan harga RM228 bagi kategori berdiri, RM238 untuk tempat duduk biasa dan RM248 bagi tempat duduk premium.

Konsert tersebut turut mendapat sokongan Gempak dan ERA selaku rakan media.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement