Skip to main content

Hiburan

“RM1,000 Saya Dah Boleh Pergi Negara Lain” - Miss Alvy Kecewa Harga Tiket Balik Sarawak Tak Masuk Akal

Astrogempak MISS ALVY

Sekilas

  • Miss Alvy luah rasa kecewa dengan harga tiket penerbangan ke Borneo yang mencecah sehingga RM1,000 sempena sambutan Gawai.
  • Beliau persoalkan kenapa tiket balik kampung ke Borneo mahal sedangkan jumlah itu sudah cukup untuk melancong ke luar negara.
  • Banyak anak perantau dari Sabah dan Sarawak terpaksa tangguh balik kampung kerana kos tiket yang terlalu tinggi, dan ramai berkongsi pengalaman sama di ruangan komen.

Penyanyi, Miss Alvy meluahkan rasa kecewa selepas melihat harga tiket penerbangan yang terlalu mahal untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Gawai.

Menerusi satu hantaran di Threads, Miss Alvy mempersoalkan bagaimana harga tiket untuk pulang ke Borneo boleh mencecah sehingga RM1,000, sedangkan jumlah tersebut sudah cukup untuk melancong ke luar negara.

“Macam mana tiket untuk balik ke kampung saya sempena Gawai boleh cecah RM1,000? Dengan RM1,000 pun saya dah boleh pergi negara lain juga.

“Bukankah Borneo juga sebahagian daripada Malaysia? Kenapa mahal sangat?” luahnya.

Dalam masa sama, penyanyi itu turut menegaskan bahawa ramai anak perantau dari Sabah dan Sarawak terpaksa menangguhkan hasrat untuk pulang bertahun-tahun lamanya disebabkan kos tiket penerbangan yang terlalu tinggi.

“Ada orang sampai bertahun-tahun tak balik kampung sebab harga tiket memang tak masuk akal,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata anak perantau dari Sabah dan Sarawak berkongsi nasib yang sama.

“I dari sarawak nak balik semenanjung 1.9k

“Masalahnya setiap kali perayaan mesti harga tix mahal gila2, sedihlaa jadi org borneo niii

“Last Friday economy on MAS was 3k return

“Hi, I da sampai Sarawak and my flight costs a round-trip 1.2K.

“Saya pun tak dapat balik, stay cuti-cuti di Selangor je,” tulis netizen. 

Sumber: Threads Miss Alvy

Anda mungkin berminat dengan

New Arrival Streetwear T-shirts, Cool Graphic Print, 200gsm Cotton, Unisex Short Sleeve, Oversized Design (S-3XL)

New Arrival Streetwear T-shirts, Cool Graphic Print, 200gsm Cotton, Unisex Short Sleeve, Oversized Design (S-3XL)

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

蚕丝保暖内衣Thermal Underwear | Ultra Thin but Warm | Anti-Static & Moisture Wicking | Perfect for Malaysia Cold Weather & Trave

蚕丝保暖内衣Thermal Underwear | Ultra Thin but Warm | Anti-Static & Moisture Wicking | Perfect for Malaysia Cold Weather & Trave

Must Watch Video

Advertisement