Skip to main content

Selebriti

RMHC Malaysia & Astro Gempak Most Wanted Beri Kejutan, Edarkan Kit Ramadan Kepada Keluarga RMHC Di HCTM

RMHC

Sekilas

  • Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia bersama Astro Gempak Most Wanted telah menyampaikan kit Ramadan kepada penghuni Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.
  • Sumbangan ini bertujuan membantu keluarga yang menjaga anak-anak menerima rawatan di hospital serta memberi sokongan moral sepanjang bulan Ramadan.
  • Kit Ramadan akan diagihkan ke semua Rumah Ronald McDonald di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, dengan penyertaan selebriti dari Gempak Most Wanted Awards 2025.

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Astro Gempak Most Wanted telah menyampaikan sumbangan kit Ramadan kepada para penghuni Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras pada Isnin.

Naib Presiden Kanan dan Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Hajjah Melati Abdul Hai, berkata sumbangan tersebut merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membantu keluarga yang sedang berdepan cabaran menjaga anak-anak menerima rawatan di hospital.

“Kami mengedarkan kit Ramadan daripada McDonald’s kepada kesemua ibu dan ayah atau penghuni di Rumah Ronald McDonald di HCTM, Cheras.

“McDonald’s berasa sangat empati terhadap keluarga yang tinggal di sini. Melalui pemerhatian kami, mereka sangat menumpukan perhatian kepada penjagaan anak-anak sehingga kadangkala keperluan peribadi atau persiapan mereka sendiri terlepas pandang.

“Jadi kami ingin memudahkan urusan mereka, khususnya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan sedikit sumbangan.

“Insya-Allah ia dapat membantu mereka dalam membuat persiapan dan menempuh bulan Ramadan dengan lebih tenang,” jelasnya.

Tambah Melati lagi, inisiatif itu bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada keluarga yang terlibat.

“Harapan kami adalah untuk memastikan mereka merasakan diri dihargai, bahawa ada pihak yang memberi sokongan dan membantu mereka.

“McDonald’s bukan sahaja ingin menjadi penyumbang, tetapi juga rakan kepada masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan seperti di RMHC ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Melati juga meluahkan rasa teruja terhadap kolaborasi bersama Astro Gempak Most Wanted yang disifatkan mampu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai peranan RMHC.

“Kami sangat teruja dengan kolaborasi ini dan kesedaran yang dapat diwujudkan dalam kalangan penonton Gempak serta Astro secara keseluruhannya.

“Lebih ramai yang mengetahui tentang RMHC, lebih banyak keluarga yang boleh menerima bantuan sama ada dari segi kewangan, gotong-royong, sumbangan makanan dan pelbagai bentuk sokongan lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai Kit Ramadan RMHC ini, Melati memaklumkan akan diagihkan kesemua Rumah Ronald McDonald di seluruh Malaysia termasuk Sabah.

“Kami akan mengagihkannya bermula sekarang dan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan, jadi ada beratusan keluarga juga yang akan menerima kit Ramadan daripada McDonal ini,” maklumnya.

Antara pempengearuh yang hadir menyampaikan kit Ramadan itu adalah calon Top 10 Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) iaitu Adam Bakery dan Wan Chaii bersama Farihin Arnia serta Yazmin Aziz.

Sebelum ini, kira-kira 40 tetamu daripada Rumah Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah mengikuti lawatan khas ke Astro.

Lawatan berkenaan membabitkan keluarga serta kanak-kanak dari dua RMHC yang dibawa khas untuk merasai pengalaman luar daripada rutin harian mereka.

Antara aktiviti menarik sepanjang lawatan tersebut termasuk peluang melawat Studio Berita Awani, Studio Borak Seeni, Studio Astro Arena serta konti radio.

Lawatan itu turut memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak yang pertama kali melihat suasana sebenar di sebalik tabir dunia penyiaran.

 

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement