Skip to main content

Hollywood

Robert De Niro, Lebih 8 Juta Sertai Demonstrasi No Kings, Tolak Trump

Astro Gempak deniro

Sekilas

  • Lebih lapan juta rakyat Amerika Syarikat dan 50 negara menyertai demonstrasi No Kings menolak Presiden Donald Trump.
  • Demonstrasi ketiga ini turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Robert De Niro, Jane Fonda, dan Bruce Springsteen.
  • Gerakan ini dianggap lebih berjaya berbanding dua demonstrasi sebelumnya sebagai simbol suara rakyat menentang Trump.

Bukan hanya dunia tetapi sebahagian rakyat Amerika Syarikat juga menolak dan membenci pemimpin mereka, Presiden Donald Trump.

Pada saat Trump membuat dunia menjadi huru-hara dengan peperangan, dirinya dimusuhi rakyat sendiri.

Aksi demonstrasi No Kings yang terkini merupakan gerakan ketiga. Ia melibatkan lebih lapan juta rakyat dan berlaku di 50 negara menjadi bukti nyata bagaimana rakyat AS mengutuk keras sikap bodoh Trump.

Malah ada demonstari yang diketuai dan disertai terang-terangan oleh pelaku seni terkenal seperti Robert De Niro, Jane Fonda, Bruce Springsteen dan Joan Baez, lapor BBC.

De Niro yang memimpin demonstrasi di New York bersama Al Sharpton dan Letitia James dengan lantang mengatakan gerakan yang dilakukan adalah lambang kekuatan suara rakyat.

“Saya fikir semua orang mula melihat lelaki ini telah menjadi semakin buruk setiap hari.

“Jutaan orang telah menjawab kepada seruan ini (No King). Ini saat mengatakan tidak kepada ‘raja’. Tidak ada Raja Trump,” katanya lagi.

Demonstari ketiga yang berlaku pada hujung minggu lalu itu juga didakwa lebih sukses berbanding dua gerakan sebelumnya.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement