Skip to main content

Hollywood

Robert Pattinson Mengaku Badan Berbau Bahan Pewarna

Robert Pattinson Mengaku Badan Berbau

Sekilas

  • Robert Pattinson pernah dikaitkan dengan bau badan kurang menyenangkan yang digambarkan seperti bau krayon.
  • Aktor Twilight itu mengakui dia sedar tentang bau badannya dan mengakui ia pernah menjadi isu sebelum ini.
  • Kini, Pattinson berkata bau badannya sudah berubah dan dia kini menjadi wajah kempen pewangi Dior Homme Intense.

Bukan satu rahsia pelakon Robert Pattinson sering dilaporkan sebagai salah seorang selebriti yang memiliki bau badan kurang menyenangkan.

Bintang Twilight itu juga didakwa seorang yang kurang mementingkan kebersihan diri dan jarang mandi. Malah Pattinson juga sedar mengenai dakwaan tersebut.

Bercakap mengenai topik badannya memiliki bau yang kurang menyenangkan, Pattinson mengaku dia juga berasa aneh dengan bau badannya.

Menurut Pattinson, dia selalu ditegur kerana memiliki bau badan seperti bahan pewarna krayon.

“Ramai orang kata saya berbau seperti krayon. Tapi sekarang saya rasa semuanya telah berubah.

“Chemistry bau badan saya sudah berubah. Dulu saya tidak nafikan badan saya memang berbau krayon,” katanya seperti dilaporkan GQ.

Aktor berusia 39 tahun itu kini menyambung tugasnya sebagai salah seorang wajah kempen pewangi Dior Homme Intense.

Menurutnya lagi bau badannya ikut ‘berubah’ apabila meningkat usia. Dia mengatakan kini sudah tidak memiliki bau badan yang aneh.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement