Skip to main content

Kpop

Rosé BLACKPINK Tolak Tawaran Jadi Duta Cecah RM33 Juta?

Rosé BLACKPINK Tolak Tawaran Jadi Duta Cecah RM33 Juta?

Sekilas

  • Rosé Blackpink dilaporkan menolak tawaran duta bernilai kira-kira RM33 juta daripada jenama minuman teh China tanpa kenyataan rasmi daripada agensinya.
  • Rosé juga membatalkan projek kolaborasi bersama jenama champagne selepas tidak berpuas hati dengan reka bentuk botol edisi khas tersebut.
  • Kejayaan lagu 'APT.' bersama Bruno Mars mengukuhkan status Rosé sebagai artis solo dan meningkatkan pengaruhnya dalam memilih jenama yang mahu dikaitkan dengan namanya.
Advertisement

Rose Blackpink membuktikan duit bukan segalanya apabila dilaporkan menolak tawaran menjadi duta bernilai kira-kira 10 bilion won (RM33 juta) atau sekitar AS$7.2 juta daripada sebuah jenama minuman teh dari China.

The Korea Herald serta sumber industri melaporkan jenama berkenaan dikatakan mahu menjadikan Rosé sebagai wajah utama bagi usaha mereka mengembangkan pasaran ke luar China.

Advertisement

Bagaimanapun, sehingga kini Rosé mahupun agensinya masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Bukan itu sahaja, Rosé turut dikatakan membatalkan satu lagi projek kolaborasi bersama sebuah jenama champagne yang telah dibincangkan selama hampir setahun.

Menurut laporan sama, keputusan itu dipercayai dibuat selepas Rosé kurang berpuas hati dengan reka bentuk botol yang dicadangkan untuk edisi khas kolaborasi tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, beberapa figura industri berpendapat keputusan Rosé mempunyai perkaitan dengan peningkatan pengaruhnya dalam menentukan imej serta jenama yang mahu dikaitkan dengan namanya.

Sejak kejayaan luar biasa lagu ‘APT.’, kolaborasinya bersama Bruno Mars, status Rosé dalam industri muzik global dilihat semakin kukuh.

Kejayaan lagu tersebut bukan sahaja melonjakkan popularitinya, malah mengukuhkan kedudukan Rosé sebagai seorang artis yang mampu menyerlah dengan identitinya sendiri, bukan sekadar dikenali sebagai salah seorang anggota Blackpink.

Sementara itu, Rose sudah menjadi duta dan sangat sinonim dengan beberapa jenama dunia termasuk Levi’s yang baru ditandatangani pada tahun ini, Puma, Rimowa dan YSL Beauty.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement