Skip to main content

Selebriti

Roslan Shah Tak Malu Mengaku Pakai Pampers Ketika Cari Paranormal - “Masa Dengan Ustaz Ebit Lew Saya Tercirit…”

Roslan Shah pakai pampers

Pengacara, Roslan Shah akui mempunyai sebab memakai lampin pakai buang atau pampers ketika menjalani aktiviti pencarian entiti paranormal.

Menurut Roslan atau lebih mesra dengan panggilan Cik Lan, pengalaman melibatkan diri dalam aktiviti paranormal sering kali menyebabkan dirinya terkejut sehingga mengakibatkan berlakunya kejadian tidak diingini seperti terkencing atau mengalami ketidakselesaan perut.

Advertisement

“Kadang-kadang orang sergah, saya boleh terkentut, terberak, ini realiti, saya pernah terberak. Sumpah demi Allah.

“Saya ini kuat kencing kalau orang kuat terkejut. Pampers yang pakai sarung tu, large extra XL. Kalau night walk tu kadang pakai kadang tidak.

“Masa dengan Azli saya pakai, saya takut terkencing tetapi alhamdulillah tidak. Dengan Sajat saya kencing, itu real,” ujarnya.

Roslan berkata demikian dalam sesi podcast Sembang Seram bersama Safwan Nasri baru-baru ini.

Dalam pada itu, Roslan juga berkongsi bahawa insiden tersebut pernah berlaku ketika mengikuti misi pencarian paranormal bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

“Saya pergi dengan ustaz Ebit Lew, masa itu saya tak pakai pampers, selalunya saya pakai pampers untuk standby.

“Saya memang tak boleh, kalau saya tak tahan saya lepaskan segala-galanya. Hari itu dengan ustaz Ebit Lew saya tercirit.

“Saya naik kereta velfire dia, saya alas kain, saya kata ustaz sila ambil kain ni alas takut tahi terkeluar.

“Ini betul realiti, saya tak malu sebab apa yang saya buat saya tak suka menipu. Saya cakap saya nak terberak memang saya terberak,” ujarnya.

 

 

@sembangseram Cik Lan ni jujur orangnya guyss 😅 #ciklan #roslanshah #sembangseram #podcast #horrorstory ♬ original sound - sembangseram

 

Sebelum ini, gelagat Roslan bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ketika melakukan aktiviti paranormal di Singapura menjadi perhatian ramai.

Lebih mencuit hati, Roslan memaparkan sisi yang berbeza ketika bersama dengan Vida sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sesuai menjadi pasangan kekasih.

Selain Vida, gelagat Roslan bersama beberapa selebriti lain ketika mencari paranormal juga turut tular antaranya bersama Nabil Ahmad, Azad, Azlee dan Sajat.

Must-Watch Video