Skip to main content

Selebriti

“Rotanlah Anak Jika Mereka Kurang Ajar, Biadap & Derhaka…” - Kmy Kmo

“Rotanlah Anak Jika Mereka Kurang Ajar, Biadap & Derhaka…” - Kmy Kmo

Sekilas

  • Kmy Kmo menegaskan ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak supaya mereka tidak menjadi kurang ajar dan biadap terhadap orang tua.
  • Kmy menggalakkan penggunaan disiplin yang tegas termasuk rotan bagi memastikan anak faham batas pergaulan dan tingkah laku yang wajar.
  • Pandangan Kmy muncul susulan kebimbangan terhadap isu disiplin dan akhlak golongan muda yang semakin menjadi perhatian masyarakat.
Advertisement

Penyanyi rap, Kmy Kmo berpendapat ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin dan akhlak anak-anak sejak usia muda.

Menerusi perkongsian di Threads, Kmy berkata ketegasan dalam mendidik anak perlu diberikan apabila mereka mula menunjukkan sikap kurang ajar, biadap atau tidak menghormati ibu bapa serta golongan lebih berusia.

Advertisement

“Rotanlah anak mu, jika mereka kurang ajar, biadap, dan derhaka kepada ibu ayah atau orang-orang tua yang menyayangi mereka,” tulisnya.

Malah kata Kmy, tindakan mendidik anak-anak dengan tegas penting supaya mereka memahami batas pergaulan dan tingkah laku yang wajar dalam kehidupan seharian.

“Rotanlah anak mu, jika mereka hidup membuta tuli bebas hingga merasa yang dunia ini tiada had dan tiada batas hingga memudaratkan orang sekeliling atas sikapnya sendiri.

Advertisement

“Rotanlah anak mu, sebelum Penjara yang lakukan kepada mereka suatu hari nanti hingga tertanggal kulit-kulit syaitan dan ketika itu, kamu hanya mampu menyesal pada suatu tragedi yang tidak mampu untuk diundur,” coretnya.

Terdahulu, pandangan yang ditulis oleh Kmy itu hadir kemungkinan disebabkan banyak isu berkaitan disiplin serta akhlak golongan muda menjadi perhatian masa kini.

Selain Kmy, usahawan Datin Seri Nur Shahida juga turut meluahkan rasa bimbang terhadap perubahan akhlak segelintir remaja masa kini.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement