Skip to main content

Hiburan

Roy Azman Syukur Pembedahan Lancar, Mohon Maaf Tak Dapat Balas Mesej - “Belum Tahu Bila Boleh Keluar Wad...”

ckcjx

Sekilas

  • Roy Azman, penyampai Gen SINAR Pagi, telah menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan serius di bahagian groin.
  • Prosedur pembedahan berjalan lancar dan Roy mengucapkan terima kasih kepada peminat serta rakan-rakan yang mendoakan kesihatannya.
  • Roy memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej dan panggilan kerana perlu berehat, dan masih belum pasti bila akan keluar hospital.

Penyampai segmen Gen SINAR Pagi, Roy Azman memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan serius pada bahagian groin.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi SINAR, Roy meluahkan rasa syukur apabila prosedur pembedahan yang dijalaninya selesai dengan lancar pada malam Selasa.

“Saya baru lepas pembedahan dalam pukul 10.30 malam tadi dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada SINARIAN, peminat, adik-beradik, saudara-mara serta kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Roy turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej dan panggilan yang diterimanya sejak dimasukkan ke hospital.

“Saya nak ambil kesempatan untuk ucapkan maaf sebab ada banyak WhatsApp, DM dan panggilan video yang saya tak dapat jawab kerana perlu berehat.

“Kawan-kawan yang hubungi saya jangan berhenti ya, cuma saya perlukan masa untuk rehat. Alhamdulillah semuanya berjaya, cuma belum tahu bila boleh keluar hospital,” ujarnya.

Terdahulu, pihak SINAR menerusi Instagram berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp Roy yang memaklumkan dirinya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan teruk di bahagian groin sehingga memerlukan pembedahan segera.

Bagaimanapun, pembedahan tersebut yang pada awalnya dijadualkan pada awal Sabtu terpaksa ditangguhkan selepas bacaan gula dalam darahnya didapati tinggi.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement