Sekilas
- Ruben Onsu tidak sabar menyambut Ramadan 2026 kerana akan berpuasa penuh buat pertama kali selepas menjadi mualaf tahun lalu.
- Beliau sedang menghafal surah pendek dan bersedia untuk sahur bersama anaknya, Betrand Peto, yang belum memeluk Islam tetapi ingin membantu.
- Ruben juga memperkukuh nilai kerohanian selepas menunaikan umrah dan mahu menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan bermakna.
Pengacara dan usahawan Ruben Onsu mengaku tidak sabar menyambut kehadiran bulan Ramadan dalam hitungan hari ini kerana mahu menjalani ibadah puasa penuh.
Ramadan 2026 juga menjadi sejarah dan erti yang besar buat Ruben. Ruben akan menjalani ibadah puasa sebagai umat Islam buat pertama kali selepas menjadi mualaf pada Aidilfitri tahun lalu.
Menurut Ruben, antara persiapan yang dilakukan adalah menghafal lebih banyak surah pendek dan persediaan bersahur yang bakal dijalani bersama anaknya, Betrand Peto.
“Ramadan tahun lalu saya belajar berpuasa pada dua minggu terakhir. Tapi Ramadan tahun ini saya berazam untuk puasa penuh.
“Betrand memang belum peluk Islam tapi dia pun tidak sabar untuk bantu kejut saya bangun sahur. Selain itu saya mahu melancarkam banyak bacaan surah pendek,” ujar Ruben seperti dilaporkan Liputan6.com.
Ruben juga telah mempersiapkan dirinya dengan nilai kerohanian yang lebih baik apabila menunaikan umrah baru-baru ini.
Menurut Ruben dia mahu menjalani ibadah puasa dengan tenang dan lebih bermakna kerana semakin mendalami Islam.