Skip to main content

Berita Tempatan

Ruffedge, Innuendo, Inteam & Barisan Artis Bergabung Alunkan Selawat Di MAHA 2026

Ruffedge, Innuendo, Inteam & Barisan Artis Bergabung Alunkan Selawat Di MAHA 2026

Sekilas

  • MAHA Berselawat 2026 di MAEPS membawa suasana berbeza dengan gabungan qasidah, selawat, bacaan al-Quran dan tausiyah yang menenangkan pengunjung MAHA 2026.
  • Program ini menampilkan penyanyi dan pemuzik terkenal seperti Inteam, Pot dan Taj dari Innuendo, Azan dari Ruffedge serta pendakwah Iqbal Zain Al Jauhari.
  • Persembahan turut menyelitkan elemen nostalgia dengan lagu-lagu legenda Tan Sri P Ramlee yang diolah dalam susunan selawat, lengkap dengan muzik tradisional dari Marhaband dan alat gambus serta qanun.
Advertisement

Kemeriahan Rhythm of the Farmers (ROTF) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bertukar lebih syahdu apabila barisan penyanyi, pemuzik dan pendakwah bergabung menerusi MAHA Berselawat 2026.

Membawakan pendekatan berbeza daripada persembahan muzik yang mewarnai ROTF, MAHA Berselawat mengetengahkan rangkaian qasidah, bacaan al-Quran, selawat, marhaban serta tausiyah kepada pengunjung Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2026.

Advertisement

Menariknya, program itu turut menemukan semula beberapa nama yang cukup dikenali peminat muzik tempatan antaranya anggota Inteam, Pot dan Taj daripada Innuendo, Azan daripada Ruffedge, Yabang serta bekas anggota Ruffedge, Amer Yusoff.

Turut bersama ialah pendakwah bebas Iqbal Zain Al Jauhari, manakala Johan Qari Antarabangsa 2024, Husaini Mahmur memperdengarkan bacaan al-Quran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut hadir menyantuni pengunjung serta menyaksikan pengisian MAHA Berselawat.

Advertisement

Program dimulakan dengan Ratib Al Fatihah yang dipimpin Iqbal sebelum Rahim Inteam membuka persembahan menerusi Qasidah Iftitah.

Selepas bacaan al-Quran oleh Husaini, beberapa nama kemudian bergabung membawakan Assalamualaik, Ishfaklana dan In Qila Zurtum.

Inteam dan Husaini seterusnya mengalunkan Ya Hanana, diikuti Marhaban Ya Rabiul serta Ya Nabi Salamun Alaik yang dipersembahkan Yabang.

Antara momen yang mencuri perhatian adalah apabila Pot dan Taj daripada Innuendo bergabung bersama Azan Ruffedge menerusi Qad Kafani.

Elemen nostalgia turut disuntik apabila beberapa karya legenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee diberi pendekatan berbeza menerusi susunan berteraskan selawat.

Antaranya Malam Bulan Di Pagar Bintang, Pukullah Tabuh, Achi Achi Buka Pintu, Bujang Lapok dan Alangkah Indah Di Waktu Pagi.

Gabungan karya yang dekat dengan masyarakat bersama elemen selawat itu sekali gus memberi warna berbeza kepada persembahan pada malam tersebut.

Amer Yusoff kemudian tampil menerusi Cahaya Seluruh Alam sebelum Inteam, Husaini dan Yabang bergabung untuk Rindu Madinah.

Pengisian diteruskan dengan Solatun dan Subhanallah oleh Inteam bersama Husaini sebelum Iqbal menyampaikan tausiyah selama kira-kira 20 minit.

MAHA Berselawat kemudian melabuhkan tirai menerusi Mahalul Qiyam Cahaya Selawat dan bacaan doa.

Selain barisan penyanyi, elemen muzik tradisional turut memainkan peranan menerusi kumpulan perkusi Marhaband yang dianggotai Fauzan, Dhiya dan Faris.

Sentuhan gambus dan qanun oleh Firlany pula melengkapkan susunan muzik yang mengiringi rangkaian qasidah serta selawat sepanjang program.

Penganjuran MAHA Berselawat menjadi antara pengisian berbeza sepanjang MAHA 2026 apabila suasana yang sebelum itu meriah dengan persembahan muzik bertukar kepada malam yang lebih tenang dan berteraskan kerohanian.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement