Astro Malaysia dan Suhan Movies membawakan sebuah drama sarat emosi dan nilai kemanusiaan berjudul, Rumah Tanpa Luka.
Drama arahan Nur Ain Sharif ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Naura Arissa, Ziela Jalil, Raja Azmi, Zaefrul Nordin, Kismah Johar, Hajjar, Syean Mokhtar, Hafreez Adam, Yuna Rahim, Aziz M.Osman, Rasya Sofea, Hanan Adraa dan ramai lagi.
Advertisement
Rumah Tanpa Luka mengetengahkan kisah penuh emosi tentang seorang gadis bernama Kalsom, yang berkorban segalanya demi menjaga adiknya, Rose Ameena, penghidap Down Syndrome sejak lahir.
Namun hiduo Rose tidak mudah dan dia dianggap sebagai pembawa malang oleh ibu bapa mereka sendiri, sehingga sanggup bercerai.
Manakala abang tirinya pula telah menghalau mereka keluar dari rumah kerana dendam lama. Namun di tengah semua dugaan, hadir Qiuzi, memberi sinar harapan baru dalam hidup mereka.
Mampukah Kalsom dan Rose mengecap bahagia setelah segala derita yang dilalui?
Saksikan Rumah Tanpa Luka setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim di aplikasi Sooka.