Skip to main content

Hiburan

“Rupanya Dia Boleh Menari, Tapi Dengan Kawan” – Nabila Razali Terkejut Suami Buat Content Di TikTok

“Rupanya Dia Boleh Menari, Tapi Dengan Kawan” – Nabila Razali Terkejut Suami Buat Content Di TikTok

Sekilas

  • Nabila Razali terkejut apabila suaminya, Nik Iruwan, turut merakam video tarian ‘semut’ bersama staf yang tular di TikTok tanpa pengetahuannya.
  • Suami Nabila tidak mempunyai akaun TikTok dan tidak tahu video tersebut viral, serta kurang gemar tampil dalam media sosial untuk mengehadkan penglibatan dalam dunia hiburan.
  • Walaupun begitu, Nik Iruwan sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya Nabila dan tidak menolak untuk muncul bersama dalam acara yang memerlukan.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali terkejut apabila mengetahui suaminya, Nik Iruwan Nik Izani turut sama merakam kandungan tarian ‘semut’ bersama staf sehingga video tersebut tular dalam TikTok.

Menurut pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 34, dia langsung tidak mengetahui mengenai video berkenaan sehinggalah kandungan tersebut muncul di halaman For You Page (FYP) miliknya.

Advertisement

“Saya tak tahu pun suami melakukan trend itu. Perkara itu diketahui selepas video tersebut lalu di FYP TikTok saya.

“Apabila saya tengok video tu saya terkejut suami saya buat content menari dengan staf sebab sebelum ini saya ajak dia buat content untuk lagu baharu saya, dia menolak.

“Saya tunjuk dekat dia cara menari yang mudah tapi dia memang tidak mahu.

“Rupanya dia boleh menari, tapi dengan kawan. Bila isteri ajak tidak boleh menari,” katanya berseloroh.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single terbaharunya berjudul Cukup Sampai Sini di Volume KL, Selasa lalu.

Tambah pelantun Pematah Hati itu, Iruwan sendiri tidak mengetahui video berkenaan tular kerana tidak mempunyai akaun TikTok.

“Iruwan tidak tahu video itu viral kerana dia tidak memiliki akaun TikTok.

“Kalau saya buat content yang melibatkan suami, dia memang tidak tahu. Selalunya, rakan Iruwan yang akan telefon beritahu yang dirinya telah tular,” ujarnya.

Dalam masa sama, Nabila mengakui suaminya kurang gemar tampil bersama dalam kandungan media sosial kerana mahu mengehadkan penglibatan dalam dunia hiburan.

“Saya faham kenapa dia seperti itu. Kami faham sahaja tentang kerja masing-masing.

“Awal-awal lagi dia pernah cakap tidak mahu dikaitkan dengan Nabila Razali melainkan acara yang memerlukan saya untuk tampil bersamanya, itu baru okey.

“Tapi kalau dalam dunia industri seni, dia tidak mahu terlibat sangat,” katanya.

Bagaimanapun, Nabila menegaskan suaminya sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjayanya dan bukan langsung menolak untuk tampil bersama.

“Apa-apa yang saya buat dia sokong sahaja. Cuma bab content, muncul di media sosial bersama itu dia tidak berapa gemar.

“Iruwan tidaklah marah atau tidak mahu langsung, cuma mahu mengelakkan untuk sentiasa dikaitkan bersama,” jelasnya.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada November 2023 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nik Muhammad.

Anda mungkin berminat dengan

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement