Skip to main content

Artis Tempatan

Rupanya Ini Sebab Idan Aedan Menangis Ketika Road Tour Abah Saya Uncle Mike - “Ada Pasangan Ayah Dan Anak Naik Atas…”

idan aedan

Tular sepotong video memaparkan pelakon remaja, Idan Aedan gagal menahan air mata ketika menghadiri sesi promosi road tour filem terbaharu lakonannya, Abah Saya Uncle Mike.

Dalam rakaman berkenaan, beberapa pelakon lain seperti Andy Teh, Umar Shakur serta watak sebenar Uncle Mike dilihat cuba menenangkan Idan yang jelas kelihatan sebak.

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Menjelaskan keadaan itu, Idan berkata dirinya terlalu terkesan apabila melihat momen luahan hati antara penonton yang hadir bersama bapa mereka.

 

“Sebenarnya, ketika road tour itu, kami ada sesi luahan hati bersama penonton. Ada dua pasangan ayah dan anak naik ke pentas dan mereka saling meluahkan perasaan.

“Masa itu saya terfikir, betapa beruntungnya anak-anak ini kerana mereka masih ada ayah,” jelas Idan ketika dihubungi Gempak. 

Menurut Idan lagi, projek filem berkenaan sangat dekat di hatinya kerana mengimbau kembali kenangan bersama arwah bapa yang sudah tiada.

“Projek ini sangat dekat dengan saya. Walaupun selepas penggambaran selesai, saya masih mengimbau memori yang ada bersama ayah.

“Masa tengok momen itu, saya rasa macam ‘wah, untungnya anak-anak ini, mereka masih ada ayah untuk dihargai’.

“Sebab ayah saya tak sempat melihat semua ini, filem yang ditayangkan sekarang… masa dulu kami tak pernah bayangkan sampai ke tahap ini.

“Saya betul-betul berharap ayah dapat melihat semua ini. Itu sahaja,” ujarnya sebak.

Untuk rekod, ayah kepada Idan Aedan difahamkan telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Filem Abah Saya Uncle Mike kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos lalu.

Must-Watch Video