Skip to main content

Hiburan

Ryan Gosling Dipilih Jadi ‘Ghost Rider’

Ryan Gosling Dipilih Jadi ‘Ghost Rider’

Sekilas

  • Ryan Gosling diumumkan sebagai pelakon baru watak Ghost Rider dalam Marvel Cinematic Universe di San Diego Comic-Con.
  • Filem Ghost Rider akan diarahkan oleh Shawn Levy dan dijadualkan tayang pada tahun 2028.
  • Watak Ghost Rider sebelum ini pernah dibawa oleh Nicolas Cage dalam dua filem pada 2007 dan 2011.
Advertisement

Bintang Hollywood, Ryan Gosling bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas diumumkan sebagai pemeran watak Ghost Rider.

Pengumuman itu dibuat di acara San Diego Comic-Con, apabila Marvel Studios mengesahkan pelakon terkenal menerusi filem La La Land itu akan menjadi wajah baharu kepada watak adiwira supernatural tersebut. 

Kehadiran Gosling di pentas Comic-Con turut mengejutkan peminat apabila dia muncul bagi mengesahkan berita tersebut.

Advertisement

“Seperti yang anda tahu, ini adalah watak yang saya mahu lakonkan sejak sekian lama,” kata Gosling ketika tampil di pentas.

Memetik laporan Entertainment Weekly, filem Ghost Rider baharu itu akan diarahkan oleh Shawn Levy, pengarah yang sebelum ini menerajui filem Marvel Deadpool & Wolverine (2024), selain pernah bekerjasama dengan Gosling menerusi projek akan datang Star Wars: Starfighter.

Watak tersebut sebelum ini pernah dibawa ke layar lebar oleh Nicolas Cage menerusi filem Ghost Rider (2007) dan Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2011).

Filem Ghost Rider dijadualkan menemui penonton di pawagam pada tahun 2028.

 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement