Skip to main content

Hollywood

Ryan Gosling Jadi Ghost Rider: “Wow Betulkah Ini Berlaku?”

Ryan Gosling Jadi Ghost Rider: “Wow Betulkah Ini Berlaku?”

Sekilas

  • Ryan Gosling diumumkan sebagai pelakon utama dalam filem Ghost Rider baharu oleh Marvel Cinematic Universe pada San Diego Comic-Con.
  • Filem Ghost Rider dijadualkan tayang pada 2028 dan akan diarahkan oleh Shawn Levy, yang pernah mengarah Deadpool & Wolverine.
  • Watak Ghost Rider adalah Johnny Blaze, pelagak motosikal yang mendapat kuasa luar biasa selepas membuat perjanjian dengan roh Spirit of Vengeance.
Advertisement

Marvel Cinematic Universe (MCU) dengan bangga mengumumkan Ryan Gosling kini menyertai keluarga mereka dalam  filem baharu Ghost Rider, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Pengumuman mengejut itu dibuat ketika acara San Diego Comic-Con pada hujung minggu lalu dengan disambut sorakan gemuruh peminat. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, mengusik penonton mengenai persoalan yang sering diajukan kepadanya: "Bila Ryan Gosling akan sertai MCU?”

Advertisement

Sebaik lampu dewan dipadamkan, Gosling muncul di pentas dan terus menerima tepukan serta sorakan luar biasa daripada ribuan peminat.

"Wow, betulkah ini sedang berlaku?" kata pelakon yang pernah menerima tiga pencalonan Oscar itu sebelum mengakui watak Ghost Rider sememangnya antara karakter yang paling lama diidamkannya.

"Saya memang sudah lama mahu membawakan watak ini," katanya seperti dilaporkan BBC.

Filem Ghost Rider dijadualkan menemui penonton pada 2028 dan menjadi filem ketiga mengenai adiwira anti-hero penunggang motosikal tersebut selepas versi lakonan Nicolas Cage pada 2007 serta sekuelnya, Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2011).

Dalam dunia Marvel, Ghost Rider merupakan identiti kepada Johnny Blaze, seorang pelagak ngeri motosikal yang terikat dengan roh Spirit of Vengeance, Zarathos, selepas membuat perjanjian dengan Mephisto demi menyelamatkan bapa angkatnya. Perjanjian itu memberikannya kuasa luar biasa, namun pada masa sama mengubah kehidupannya selama-lamanya.

Lebih menarik, filem ini bakal diarahkan oleh Shawn Levy, pengarah yang sebelum ini menghasilkan Deadpool & Wolverine. Menurut Gosling, Levy merupakan satu-satunya individu yang sesuai untuk mengarahkan projek tersebut.

Levy pula mendedahkan idea menghasilkan filem Ghost Rider tercetus ketika dia dan Gosling menjalani penggambaran filem Star Wars: Starfighter.

"Kami sering berbual tentang visi Ryan terhadap Ghost Rider ketika berada di lokasi penggambaran. Akhirnya saya berkata kepadanya, 'Bro, let's ride.' Jadi, jumpa anda semua pada 2028," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement