Skip to main content

Selebriti

Ryzall Noh Syukur, Tak Sangka ‘Natijah Cinta’ Hiasi Billboard Digital KLCC - “Bukan Hanya Sekadar Lihat Wajah Di Skrin, Ini Lambang Perjalanan…”

Ryzall Noh Syukur, Tak Sangka ‘Natijah Cinta’ Hiasi Billboard Digital KLCC - “Bukan Hanya Sekadar Lihat Wajah Di Skrin, Ini Lambang Perjalanan…”

Sekilas

  • Penyanyi Singapura, Ryzall Noh, menjadi artis pertama dari negaranya yang wajahnya dipaparkan di billboard digital KLCC menerusi single terbaharunya, Natijah Cinta.
  • Ryzall menganggap pencapaian ini sebagai simbol perjalanan, pengorbanan, dan sokongan pasukannya sepanjang kariernya.
  • Ryzall memberi inspirasi kepada bakat muda Singapura agar berani bermimpi besar tanpa mengira asal-usul mereka.
Advertisement

Penyanyi, Ryzall Noh meluahkan rasa syukur dan bangga apabila menjadi penyanyi yang pertama dari Singapura ditampilkan di billboard digital KLCC menerusi single terbaharunya, Natijah Cinta.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ryzall menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu detik bermakna yang akan dikenangnya oleh dirinya.

Advertisement

“Bangga. Terharu. Bersyukur. Ini adalah satu detik yang akan saya bawa bersama untuk masa yang sangat lama.

“Menjadi penyanyi Singapura pertama yang ditampilkan di billboard digital KLCC dengan single terbaharu saya, Natijah Cinta, merupakan satu pencapaian yang sangat bermakna,” katanya.

Tidak hanya sekadar wajah yang terpampang diskrin besar, sebaliknya kata Ryzall ia menjadi simbol kepada perjalanan, pengorbanan serta penolakan yang dilaluinya sebelum sampai ke tahap berkenaan.

“Ini bukan sekadar tentang melihat wajah saya di skrin yang besar. Ia melambangkan perjalanan, pengorbanan, penolakan, individu yang mempercayai saya serta pasukan yang terus berusaha bersama saya.

“Kepada pasukan saya, terima kasih atas segala kerja keras, pengorbanan dan kerana terus mempercayai perjalanan ini. Pencapaian ini adalah milik kita semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ryzall turut menitipkan pesanan buat bakat-bakat muda khususnya dari Singapura agar berani memasang impian lebih besar tanpa menjadikan asal-usul sebagai penghalang untuk berjaya.

“Kepada adik-adik saya, khususnya bakat muda dari Singapura, impikan sesuatu yang melangkaui sempadan. Terbang lebih tinggi.

“Jangan biarkan dari mana anda berasal menentukan sejauh mana anda boleh pergi.

“Malaysia, terima kasih kerana menerima muzik saya.

“Dari Singapura… ke KLCC. Kami akan terus melangkah. Kami akan terus terbang. Alhamdulillah atas segala-galanya,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Must Watch Video

Advertisement