Skip to main content

Filem

Sabri Yunus Tidak Perlu Persediaan Untuk Haji Mokhtar, Hanya Cari ‘Rasa’ - “Tak Pernah Orang Lihat Saya Lakonkan Watak Ini”

dcsdscd

Sekilas

  • Sabri Yunus tidak membuat persediaan khusus untuk watak Haji Mokhtar dalam filem seram Malam Terlarang dan lebih menumpukan pada menyerapkan rasa watak tersebut.
  • Beliau percaya kunci lakonan yang berkesan adalah memahami emosi dan perasaan watak dalam setiap situasi tanpa perlu persiapan fizikal rumit.
  • Filem Malam Terlarang mengisahkan tentang obsesi ilmu hitam dan kesannya, menampilkan pelakon popular seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, dan Sabri Yunus.

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, mendedahkan bahawa dia tidak membuat sebarang persediaan yang spesifik untuk menjayakan watak Haji Mokhtar dalam filem seram terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang.

Sebaliknya, Sabri menyifatkan dirinya sentiasa bersedia sebagai seorang pelakon dan kaedah utama yang digunakannya adalah dengan menyerapkan rasa ke dalam watak yang dibawa.

“Saya tak ada buat persediaan apa-apa. Saya rasa sebagai pelakon, kita sentiasa bersedia.

“Dan watak-watak yang macam ini mungkin tak pernah orang lihat saya lakonkan,” katanya.

Sabri menjelaskan, meskipun watak Haji Mokhtar itu baharu dan asing bagi khalayak yang menontonnya, ia tidak memerlukan persediaan fizikal yang rumit.

“Sebenarnya, saya tidak perlu buat persediaan.

“Cuma, saya perlu menyerapkan rasa saya pada watak. Rasa apa pada watak? Saya percaya sebagai pelakon, kita harus mencari rasa,” ujarnya.

Bagi Sabri, kunci kepada lakonan yang berkesan adalah memahami emosi dan ‘rasa’ watak dalam setiap situasi.

“Rasa setiap scene, setiap waktu, setiap masa tu, apa rasa dia ketika ini? Apa rasa dia ketika ini.

“Jadi untuk watak-watak ini, saya cari rasa sahaja.” ujarnya.

Filem terbitan Astro Shaw dengan idea asal Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain, dan Nazifdin Nasrudin ini mengetengahkan sisi gelap obsesi terhadap ilmu hitam serta akibatnya terhadap keluarga dan kewarasan manusia.

Naskhah tersebut mengisahkan Mawar, gadis 18 tahun dari Kampung Pasir Larung yang nekad menyiasat punca kematian misteri kakaknya, Safar, selepas diganggu kejadian paranormal yang mengerikan.

Filem itu menampilkan gandingan mantap pelakon terkenal antaranya Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee, Aila Azizul, dan Sadiq M. Jamil.

Must-Watch Video

Advertisement