Skip to main content

Hiburan

Sabronzo Difitnah Nikah Ikut Adat Barat, Netizen Tampil ‘Back Up’ - “Yang Kutuk Dia Kahwin Beza Agama Tu…”

Sabronzo

Nama penyanyi, Sabronzo menjadi bualan hangat netizen sejak tularnya gambar perkahwinannya yang difahamkan berlangsung di Bali, Indonesia. 

Foto yang bertebaran di media sosial itu mencetuskan pelbagai spekulasi hingga timbul tuduhan yang tidak berasas mengenai status perkahwinannya bersama DJ antarabangsa, Ryan Fieret atau lebih dikenali sebagai Dash Berlin.


Seorang individu tampil meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang menabur fitnah kononnya Sabronzo berkahwin di luar negara kerana ingin mengelak isu penukaran agama.

Advertisement


“Gambar resepsi Sabronzo kat Bali haritu leaked lepas tu ramai tuduh macam-macam. Ramai yang cakap dia sengaja kahwin dekat sana sebab husband dia takyah tukar agama. 

“Macam-macam hujat pasal dia, bila ada orang cakap yang dia dah nikah sebulan lagu, ramai pulak yang demand tanya mana gambar sebab nak bukti. Aku cam speechless baca komen-komen yang tuduh dia nikah beza agama,” katanya. 

Individu itu turut menegaskan bahawa keluarga Sabronzo pastinya sudah maklum mengenai majlis tersebut dan tidak wajar orang luar sibuk membuat tuduhan melulu.


“Dia penat pun tak habis lagi, memang perkahwinan tu kena hebohkan tapi confirm family semua dah tahu, yang kau orang asing kenapa sibuk sangat. 

“Kepada yang kutuk dia kahwin beza agama tu, bawa-bawa la bertaubat. Hanya sebab dia berpakaian seksi tak bermaksud korang boleh kafirkan dia yang fitnah dia macam-macam tu bawa-bawa la muhasabah diri,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menzahirkan rasa simpati terhadap ahli kumpulan Dolla itu yang terpaksa berhadapan dengan tuduhan dan kata-kata daripada netizen.

"Ni dia dh post. senyap je semua. 

"Paling sedih bila orang kata dia murtad. Nie fitnah paling teruk pernah saya baca. Hati yg busuk je mampu cakap macamnie. 

"Member tu dah besar panjang, ada parents, sedara mara lagi takkan la Sab membuta tuli nak murtad la apa la. Mestilah dia ada jugak buat secara Islam walaupun dia macam tu. Netizen boleh chill kot dalam bergosip ni. Biarkan tuan punya badan yang reveal semua. Ni main fitnah2 murtadkan orang pulak. Yang fitnah tu apa beza dia? Terpaling masuk syurga ke nanti? 

"Now we see berapa ramai menanggung dosa fitnah.

"Dorg ni kan, kalau salah dan tak betul sikit, terus ckp mcm2, fitnah macam-macam," komen netizen.   


Terdahulu, penyanyi, Sabronzo akhirnya mengesahkan bahawa dia sudah bergelar isteri kepada DJ popular antarabangsa, Ryan Fieret atau lebih dikenali sebagai Dash Berlin. 


Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa foto di akaun instagram miliknya pada Isnin. 

 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai majlis tersebut dikongsikan. 

Must-Watch Video

Advertisement