Skip to main content

Selebriti

Saerah Pesan Jangan Ada Hasad Dengki, Lebih Berhati-Hati - “Hantaran Itu Hanya Luahan Rasa Yang Lama Terpendam”

Saerah Pesan Jangan Ada Hasad Dengki

Sekilas

  • Penyanyi Siti Saerah jelaskan hantaran di Instagram adalah luahan hati yang sudah lama dipendam dan menganggap perkara itu selesai.
  • Saerah menasihatkan orang ramai supaya elak perasaan negatif dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua.
  • Dia juga tekankan pentingnya menjaga keluarga dan lebih berhati-hati selepas insiden gangguan mistik yang menimpa anaknya, Amad Dayyan.

Penyanyi Siti Saerah, 42, tampil menjelaskan maksud di sebalik hantaran berbentuk peringatan yang dimuat naik di Instagram (IG) baru-baru ini.

Menurut Saerah, hantaran itu hanyalah sekadar luahan hati yang sudah lama dipendam dan menganggap perkara itu selesai.

“Apa yang saya tulis itu adalah luahan rasa yang terpendam dalam diri. Apa yang sudah diluah dan ditulis itu biarlah berlalu, saya tak perlu lagi cerita.

“Kita hidup di dunia ini memang tak lari daripada orang berhasad dengki, apa yang penting saya rasa sudah mengajar anak-anak supaya sentiasa positif kepada orang lain,” ujarnya.

Saerah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Single sulung Amad Dayyan bertempat di Qeqoz Gifts & Cafe pada Selasa.

Malah adik kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini turut menasihatkan agar setiap individu mengelakkan perasaan negatif yang boleh memudaratkan orang lain.

“Saya pun tak pernah negatif terhadap orang. Jadi, saya minta yang di luar sana kalau ada perasaan sebegitu, cepat-cepat beringat bahawa tidak perlu ikut perasaan jahat.

“Kerana perasaan sebegitu tidak berikan apa-apa. Kita juga kalau boleh mendoakan yang baik untuk semua orang,” katanya.

Tambah Saerah lagi dengan apa yang berlaku kepada anaknya, Amad yang dikatakan terkena gangguan mistik sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati.

“Apa jadi sekalipun, saya harus lindungi keluarga. Keluarga adalah yang utama dalam hidup saya. Walau apapun yang terjadi, saya akan jaga keluarga.

“Kita juga perlu ambil langkah berjaga-jaga, saya ini jenis yang sangat positif dengan orang, malah sikit pun tak fikir seseorang itu ada niat jahat atau sebagainya.

“Jadi, bila jadi begini, saya terpaksa lebih berhati-hati dengan sesiapa sekalipun,” katanya.

Terdahulu, Saerah memberi peringatan yang dipercayai ditujukan kepada pihak berniat buruk terhadap dia dan keluarganya. 

Melalui entri di IG, Saerah menjelaskan, Allah masih menutup aib yang dilakukan dan meminta dihentikan segala amalan keji itu. 

"Hentikan niat dan perbuatan buruk itu, Allah tahu. Allah masih melindungi aib awak dari orang lain tahu," tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement