Usahawan kosmetik, Safiey Illias dilaporkan telah memfailkan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Safiey atau Mohd Safiuddin Ilias dilaporkan telah menuntut ganti rugi berjumlah RM80,000,000 atas dakwaan perbuatan yang telah menjatuhkan reputasi serta nama baik dirinya, syarikat dan ahli keluarganya.
Dalam pada itu, Safiey juga menuntut Beby menjelaskan bayaran RM80 juta itu dalam masa tujuh hari.
“Bayaran RM80,000,00.00 kepada pihak saya dalam masa 7 hari namun saya meletakkan serta merta kerana anda masih seorang bankrup,” tulisnya.
Difahamkan Safiey melakukan tuntutan ini selepas dia dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai satu hantaran di platform X milik Beby Maembong yang didakwa menuduh Safiey telah disenaraihitamkan oleh pihak bank serta pihak-pihak lain.
Berikut merupakan perkongsian penuh Safiey Illias:
Hiburan
Safiey Illias Saman Beby Maembong 80 Juta? - “Bayar Kepada Pihak Saya Dalam Masa 7 Hari…”