Sekilas
- Aedy Ashraf menerima hadiah sepasang kasut mewah daripada sahabat baiknya, aktor Meerqeen, sempena ulang tahun ke-33.
- Hadiah kasut tersebut mempunyai nombor 33 yang dipercayai simbolik kepada usia Aedy.
- Aedy menganggap persahabatan dengan Meerqeen sebagai satu rezeki dan berkongsi rasa terima kasih di Threads.
Sempena ulang tahun yang ke 33 baru-baru ini, pelakon dan penerbit Aedy Ashraf menerima hadiah istimewa daripada sahabat baiknya iaitu aktor Meerqeen.
Menerusi perkongsian di Threads, Aedy berkongsi foto memperlihatkan sepasang kasut jenama mewah yang merupakan hadiah daripada Meerqeen.
Menurut pelakon filem Tarung: Unforgiven itu, mempunyai sahabat seperti Meerqeen adalah satu rezeki.
“Dapat kawan macam Meerqeen adalah rezeki. Terima kasih superstar!” tulis Aedy.
Kasut itu dilihat mempunyai nombor 33 yang dipercayai simbolik usia Aedy.
Difahamkan kasut berjenama mewah itu berharga cecah ribuan ringgit.
Sumber - Threads