Skip to main content

Hiburan

Saham Astro Melonjak 17 Peratus Selepas Kerjasama Baharu Dengan RTM

51754549284 Astrobuilding (1)

Sekilas

  • Saham Astro Malaysia Holdings Bhd naik mendadak sehingga 17% selepas pengumuman kerjasama baru dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan terus disiarkan di platform Astro selepas 1 Julai, bersama rancangan RTM News, Sukan+ dan stesen radio RTM yang bakal ditawarkan.
  • Perjanjian ini membatalkan keputusan RTM untuk hentikan siaran tiga saluran tersebut di Astro selepas rundingan fi penyiaran sebelum ini gagal.
Advertisement

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd melonjak sehingga 17 peratus dalam dagangan pagi Isnin susulan pengumuman kerjasama baharu dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM), sekali gus menarik minat pelabur terhadap syarikat penyiar berbayar itu.

Memetik portal perniagaan, The EDGE Malaysia, saham Astro dibuka pada 6.5 sen sebelum meningkat ke paras tertinggi 7.5 sen dan ditutup pada tujuh sen untuk sesi dagangan tengah hari. 

Advertisement

Kaunter itu turut menjadi antara yang paling aktif di Bursa Malaysia dengan lebih 50 juta saham diniagakan.

Menerusi perjanjian yang diumumkan pada 26 Jun lalu, saluran TV1, TV2 dan TV Okey akan terus disiarkan di platform Astro selepas 1 Julai. 

Selain itu, RTM News, Sukan+ serta stesen radio RTM dijangka ditawarkan kepada pelanggan Astro pada masa akan datang.

Perjanjian itu membatalkan keputusan terdahulu RTM untuk menghentikan siaran tiga saluran berkenaan di Astro selepas rundingan berhubung fi penyiaran gagal mencapai persetujuan.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement