Skip to main content

Hiburan

Saiful Apek Tak Pernah Tentukan Giliran Raya Anak & Menantu - “Mereka Bebas Buat Pilihan”

Saiful Apek

Sekilas

  • Saiful Apek tidak menetapkan anak menantunya untuk beraya di mana setiap tahun dan memberi mereka kebebasan memilih tempat sambutan Aidilfitri.
  • Beliau menekankan pentingnya berkumpul bersama keluarga pada hari raya kedua atau ketiga walaupun sambutan utama diadakan di Kuala Lumpur sahaja.
  • Apek menjelaskan dia bukan berasal dari Pulau Pinang walaupun sering berlakon dalam filem berlatar utara, dan tidak pulang beraya di sana setiap tahun.
Advertisement

Pelakon dan pelawak, Saiful Apek berkongsi pendekatan santainya dalam soal sambutan Hari Raya terutama sekali isu giliran balik raya yang melibatkan melibatkan anak dan menantunya.

Menurut Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, dia tidak pernah menetapkan anak menantunya untuk beraya di mana setiap kali tibanya Aidilfitri. Sebaliknya, mereka diberi kebebasan untuk membuat pilihan sendiri mengikut keselesaan masing-masing.

Advertisement

“Saya tak pernah tentukan anak menantu setiap tahun nak beraya di mana, mereka yang akan buat pilihan sendiri.

“Tapi yang penting raya kedua atau ketiga kena berkumpul beraya bersama-sama,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon filem Cicakman itu lagi, samburan Aidilfitrinya juga berbeza dengan kebanyakan orang di mana dia hanya menyambut perayaan tersebut di Kuala Lumpur.

“Macam saya pula tak ada kampung, memang akan beraya di Kuala Lumpur saja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Apek turut berkongsi pernah ditanya sekiranya tidak pulang beraya di Pulau Pinang.

Menurut Apek, pertanyaan sebegitu mungkin timbul kerana dia banyak terlibat dalam filem-filem yang berlatarbelakangkan negeri di utara tanah air tersebut.

“Kadang-kadang ada juga orang tanya saya tak balik Penang ke?

“Tak, saya bukan orang Penang cuma banyak berlakon dalam filem yang berlatarbelakangkan utara saja.

“Jangan buat pasal, nanti saya bergaduh pula dengan orang rumah. Bila pula saya tambah ‘cawangan’ di Penang,” seloroh Apek.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must Watch Video

Advertisement