Skip to main content

Selebriti

“Salah Ke Cium Isteri Sendiri?” - Ako Mustapha Pelik, Cium Kepala Isteri Pula Jadi Isu

Ako

Sekilas

  • Ako Mustapha berkongsi rasa hairan apabila tindakannya mencium kepala isteri di tempat awam dipersoalkan segelintir individu.
  • Ako menjelaskan ia adalah tanda kasih sayang spontan kerana perbezaan ketinggian mereka yang comel.
  • Ramai netizen memberi pandangan bahawa tindakan tersebut biasa dilakukan suami isteri asalkan tidak melampaui batas.
Advertisement

Pelakon, Ako Mustapha meluahkan rasa hairan apabila tindakannya mencium kepala isterinya di tempat awam dipersoalkan segelintir individu.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ako berkata dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang salah memandangkan wanita yang dicium itu ialah isterinya sendiri.

Advertisement

Malah kata Ako, dia hanya menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya secara spontan memandangkan perbezaan ketinggian mereka yang dianggap comel.

“Isteri saya comel je saiz dia, bila berdiri sebelah saya kepala dia dekat hidung saya sahaja. Jadi saya pun ciumlah sekejap,” luahnya.



Kata Ako lagi, dia juga turut dipersoal beberapa individu mengatakan perkara sebegitu tidak sepatutnya ditunjukkan kepada umum.

“Jadi isu kenapa nak kena cium isteri kat public? Saya tanya salah ke saya cium isteri sendiri. Kakak atau makcik tu cakap tak boleh!

“Saya pelik? Dia cakap ke bahagian jangan ditunjuk. Sorok! Simpan dekat rumah. Huh? Cuba anda semua jelaskan. Saya keliru,” coretnya.

Perkongsian Ako itu bagaimanapun menarik perhatian ramai yang rata-ratanya tampil memberikan pandangan masing-masing berhubung isu berkenaan.

Rata-ratanya berkata tindakan Ako itu biasa sahaja dilakukan oleh suami isteri ketika bersiar-siar dan asalkan tidak melampaui batas.

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement