Skip to main content

Hiburan

Salamiah Hassan Kagum Kualiti Vokal Aina Abdul

Astrogempak Salmiah

Sekilas

  • Salamiah Hassan memuji teknik vokal Aina Abdul yang sangat baik dan konsisten, terutama dalam mengawal nada tinggi dan rendah.
  • Salamiah turut memberi kata-kata semangat agar Aina terus berjaya dalam industri muzik.
  • Aina baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berjauhan, yang merupakan ciptaan sendiri selepas beberapa lagu sebelum ini.
Advertisement

Penyanyi bersuara emas, Salamiah Hassan tampil memberikan pujian terhadap teknik vokal penyanyi berbakat, Aina Abdul yang disifatkan sangat baik dan konsisten.

Menerusi satu komen di laman Instagram Gempak, Salamiah meluahkan kekagumannya terhadap keupayaan Aina mengawal nyanyian, khususnya dalam menyampaikan nada tinggi dan rendah dengan cemerlang.

Advertisement

“Vokal Aina sangat konsisten, nada tinggi dan rendahnya juga sangat baik,” komennya.

Dalam masa sama, Salamiah turut menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi muda itu agar terus melangkah jauh dalam industri muzik.

“Semoga terus berjaya, anak muda,” tambahnya.

Sekadar info, Aina baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berjauhan. 

Single ini menjadi buah tangan terbaharu Aina bagi tahun 2026 selepas melancarkan dua buah lagu iaitu Sesaat dan Ayuh Pulang, sebuah lagu duet bersama Amir Jahari pada tahun 2025.

Berjauhan juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement